Nabil Buat IG Live Dengan Neelofa, Backup Kenyataan Black Untuk Dana Khas Buat Artis

Sejak pengumuman insentif kewangan yang dipelopori oleh kerajaan untuk membantu rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pelbagai pihak telah menyuarakan pendapat mereka. 

Meskipun golongan memerlukan meluahkan ucapan terima kasih atas bantuan tersebut, segelintir artis pula yang kecoh mempersoalkan kenapa kerajaan meminggirkan mereka yang sudah banyak berk0rban untuk kerajaan.

Isu tersebut turut mendapat perhatian ramai penggiat seni dan Nabil Ahmad juga terlepas untuk membincangkan perkara tersebut bersama Neelofa menerusi IG Live. Kata pengacara itu, luahan Black Hanifah dan Tomok ditujukan kepada anak seni lain yang terlibat di belakang tabir. 

Nabil turut mengharapkan agar Persatuan Seniman meminta bantuan atau peruntukan daripada pihak kerajaan bagi membantu penggiat seni yang terjejas sepanjang tempoh kuarantin ini.

Para netizen yang mendengar luahan Nabil ini mempersoalkan perlukah ada dana khas kerana jika ada yang layak boleh sahaja memohon bantuan seperti rakyat biasa. Kenapa perlu beri perhatian istimewa kepada golongan anak seni?

 

 

Kredit foto: Twitter

Meskipun Neelofa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, dia hanya mengangguk mendengar penjelasan Nabil mengenai hal ini.

Apa pula pendapat anda?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply