“Jangan Bandingkan Kami Dengan Artis Korea” – Tajul pula buka mulut

Kecoh satu Malaysia apabila Tomok memohon bantuan dari kerajaan kerana C0vid-19. Penyanyi itu disel4r netizen, kononnya artis-artis Malaysia tidak sepatutnya mendapat bantuan kerana mereka kaya dan lebih ramai lagi rakyat marhaen di luar sana yang memerlukan bantuan.

Tajul atau nama penuhnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, tampil mempertahankan isu tersebut. Dia meminta netizen jangan membandingkan pendapatan artis K-Pop dan artis Malaysia kerana artis K-POP berpendapatan jauh lebih tinggi.

“Artis Korea memanglah kaya. Kalau tengok mereka datang buat persembahan di Malaysia, berapa juta pula kena bayar? Berapalah sangat artis tempatan dibayar jika nak dibandingkan dengan mereka.

“Kalau persembahan artis kita dibayar harga sama, saya sendiri pun boleh bagi bantuan kepada rakyat. Tidak semua artis Malaysia kaya, ada ‘job’ banyak, kalau tak ada nak ‘lebat’ apa?

“Biasalah sesetengah warganet tak boleh tengok artis kita silap sedikit, bagi bantuan salah, tak bagi pun salah. Mereka tahukah artis kita ada bagi bantuan atau tidak? Kalau tak tahu, lebih baik diam dan jangan timbulkan fitn4h” katanya kepada Harian Metro.

Tajul juga menerangkan artis dan penggiat seni di belakang tabir yang tidak dapat bekerja kini tiada pendapatan dan tidak semua artis di luar sana memiliki perniagaan mereka sendiri.

“Penggiat seni bukan sekadar artis, ramai kru TV, jurukamera, prop, jurusolek, dan sebagainya di mana jika tiada tawaran, tiadalah pendapatan mereka. Macam artis lain yang mungkin ada perniagaan sendiri, tidak perlu risau kalau tiada tawaran” katanya.

 

Terdahulu, penyanyi Black Hanifah dan Tomok meminta kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus. Mereka berkata, PKP yang dilaksanakan turut menjejaskan ‘periuk nasi’ penggiat seni tempatan. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply