“Saya Tak Pernah Pandang Rendah…” – Vivy Yusof Mohon Maaf

Beberapa hari lalu Malaysia dikejutkan dengan beberapa isu yang menjadi bualan hangat netizen. Dikaitkan dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan serta golongan yang dikategorikan sebagai B40 dan M40, nama usahawan terkenal Vivy Yusof turut terkait dengannya.

 

Setelah beberapa hari lalu isu ini berlegar dan menjadi antara pencetus netizen sehinggakan ada yang mula membuat petisyen untuk Vivy meletakkan jawatan sebagai lembaga pengarah di UiTM.

Walaupun begitu sebentar tadi Vivy Yusof akhirnya bersuara mengenai isu yang mengaitkan dirinya itu. Menerusi video yang dikongsikannya melalui laman Instagram milik usahawan ini sendiri, dia mengakui berdiam diri beberapa hari ini dari media sosial untuk merefleksi diri.

Berikut adalah video Vivy Yusof mohon maaf dan memperjelaskan sendiri mengenai isu ini:

 

Menerusi perkongsiannya itu, Vivy Yusof memperjelaskan niatnya mengenai isu yang melandanya itu.  Vivy Yusof mohon maaf kepada semua. Malah dia turut mengakui sebagai public figure dirinya akan lebih berhati-hati selepas ini dan ia menjadi satu pengajaran.

“Saya tak pernah pandang rendah pada B40, kalau saya pandang rendah memang saya taklah bagi bantuan,” Vivy Yusof

Selain itu Vivy Yusof turut menegaskan satu poster yang diedit meletakkan foto dan ayat yang dikatakan olehnya adalah tidak benar. Malah ia menjadi lebih melampau apabila petisyen yang dibuat untuk menurunkan dirinya dari lembaga pengarah Uitm dengan menggunakan poster palsu itu.

Sumber: Instagram Vivy Yusof via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply