‘Ibu Bapa, Suami Terkesan Dengan Kec4man Netizen’ – Vivy Yusof

Sejak beberapa hari lepas, netizen berang terhadap dua orang usahawan iaitu Aleeya Zailan dan Datin Vivy Yusof.

 

Ia bermula apabila mereka berdua seolah-olah mempertikai bantuan kewangan yang disalurkan kerajaan terutamanya kepada golongan B40 dan M40 melalui kenyataan serta balasan yang dibuat kedua-duanya di Instagram.

aleeya-zailan-vivy-yusof
Kenyataan Aleeya Zailan dan balasan Vivy Yusof di IG

Vivy Tampil Beri Penjelasan

Vivy Yusof bagaimanapun menafikan mengeluarkan kenyataan mempertikaikan langkah kerajaan memberi bantuan kepada golongan B40 dan M40 seperti tular dalam media sosial, sejak dua hari lalu.

Tampil memberi penjelasan menerusi Instagram (IG) Story, malam tadi, Vivy mend4kwa tidak pernah terfikir mengeluarkan kenyataan seperti itu, malah tidak menyangka masyarakat mempercayainya.

“Perkara ini timbul dalam siaran langsung Facebook (FB) Live, bukan FB saya. Saya tiada akaun FB, tetapi saya menonton ‘live’ itu.

“Saya tidak mempertikaikan pemberian bantuan kepada golongan berkenaan seperti did4kwa. Sebaliknya, saya bimbang nasib akan menimpa ahli perniagaan dan pekerja disebabkan kelembapan ekonomi.

“Selain itu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan golongan berkenaan tidak menyumbang kepada ekonomi negara menerusi FB Live itu,” katanya menerusi video berdurasi 7 minit 41 saat.

Mohon Maaf Kepada Mereka Yang Tersinggung

Vivy turut memohon maaf secara terbuka kepada golongan B40 dan M40 yang tersinggung dengan kenyataannya.

Beliau berkata, tohmahan dilemparkan terhadapnya melampau, sejak tiga hari lalu.

“Ibu bapa dan suami terk3san dengan sel4ran netizen. Ia amat berat untuk ditanggung kerana disel4r pada peringkat nasional.

Katanya, dia tak pernah memandang rendah kepada golongan B40 dan M40 seperti did4kwa. Malah, dia tidak akan mengambil tahu nasib golongan berkenaan jika tidak menyayangi mereka.

“Saya tak akan ambil peduli atau menghulurkan bantuan sekiranya memandang rendah kepada golongan ini. Saya juga tidak akan mewujudkan tabung untuk mereka.

“Saya risau dan mengambil berat mengenai nasib mereka dalam keadaan sekarang. Mungkin k3silapan datang daripada saya.

“Saya banyak bermuhasabah sepanjang tiga hari ini. Saya akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan atau berkongsi dalam media sosial,” katanya.

Pengajaran Paling Besar

Vivy berkata, insiden berkenaan menjadi pengajaran terbesar buatnya.

“Cuma agak kecewa kerana netizen mempercayai tanpa memeriksa k3sahihan fakta sebelum berkongsi dengan meluas dan mengulang ciap di laman Twitter. Tak pasal mereka mengutip dosa.

“Saya pernah melakukan perkara sama apabila tidak memeriksa fakta sebelum berkongsi di laman sosial. Sejak itu, saya akan lebih berhati-hati,” katanya.

petisyen-uitm-vivy-yusof
Netizen yang berang melancarkan petisyen singkir Vivy Yusof sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

“Saya juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar belit kenyataan dan melancarkan petisyen minta saya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM),” katanya.

 

Biarpun dihentam teruk, Vivy berkata, dia akan bangkit dengan semangat baharu, apatah lagi banyak pihak masih mempercayai dan memberikan semangat buatnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply