“Mak dah macam supplier” – Ded4h perangai pelik bapa, dua anak lelaki suka ‘berkelawar’ di rumah sepanjang tempoh PKP

SEBUT sahaja baju kelawar, pakaian itu biasanya cukup sinonim dengan kaum hawa.

Namun, sekeping foto memaparkan seorang bapa dan dua anak lelakinya dalam persalinan itu ternyata menarik perh4tian ramai di Twitter.

Dalam foto itu, Roslan Mohd Yunus, 57, diapit oleh dua anak lelakinya iaitu Muhammad Danish Imran, 19, dan Muhammad Darwish Imran, 16.

Menurut anak sulung dalam keluarga itu, Intan Ezra Syahirah atau Syasya, situasi berkenaan sudah menjadi kebiasaan dalam rumah mereka sejak sekian lama.

“Sebenarnya ayah selalu pakai baju kelawar mak, sebelum Covid-19 lagi. Adik lelaki pun selalu je rembat baju kelawar mak.

“Cuma, adik lelaki paling bongsu tu baru start pakai sejak Covid-19. Tambah-tambah sekarang semua duduk rumah je sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata wanita berusia 27 tahun sewaktu dihubungi mStar.

Syasya sekeluarga.

Ded4h Syasya, tiga jejaka dalam keluarganya itu menyuarakan rasa selesa setiap kali menyarungkan pakaian berkenaan.

Namun katanya, dia sendiri sebagai wanita dan kakaknya pula jarang mengenakan pakaian itu.

“Masa adik saya start pakai, first impression dia kata sedap pakai. Sebenarnya mak pun tak ada banyak baju kelawar, dalam lima ke enam helai sahaja.

“Kami adik-beradik perempuan yang jarang pakai. Kalau sesekali nak pakai pun, memang pinjam mak punya. Mak dah macam supplier.

“Adik lelaki siap beli baju kelawar untuk mak… end up dia pakai sendiri,” jelasnya.

Mengulas foto tular di Twitter, Syasya mengakui tidak menyangka ia akan menerima perhatian ramai.

 

Bapa Syasya selesa memakai baju kelawar di rumah.

Dik0ngsi oleh kakaknya, ia sehingga kini menerima hampir 13,000 ulang kicau (Retweet).

Berkongsi aktiviti mereka di rumah sepanjang PKP, Syasya sedikit sebanyak mengeratkan lagi hubungan dalam keluarga mereka.

Malah, Sasha turut berharap agar Covid-19 berakhir secepatnya dan Malaysia akan kembali seperti sedia kala.

 

Hikmah PKP, keluarga ini dapat menghabiskan masa bersama untuk mengeratkan hubungan.

“Saya biasanya tengok drama Korea atau Youtube. Adik-adik lelaki pula main PlayStation. PKP ni sebenarnya boleh eratkan hubungan sesama keluarga.

“Harapan saya agar wabak ni berakhir. Saya duduk dengan keluarga OK lah, kasihan tengok kawan yang berjauhan dengan keluarga. Harap Malaysia pulih seperti sedia kala,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply