“Makcik Belakang Dia Terbatuk-Batuk Tak Tutup Mulut” – Diddy Hirdy ‘Bising’ UK Negara Maju Tapi…

 

Penyanyi kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia, Diddy Hirdy yang kini sedang menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di University of Liverpool agak terkilan dengan cara kerajaan di United Kingdom menangani masalah w4bak Covid- 19.

Menurut Diddy, hanya mereka yang mempunyai simptom penuh dan sudah tervk, barulah bantuan diberikan.

Terbaru Diddy atau nama sebenarnya Syamsul Hirdy berkongsi betapa sukarnya untuk mendapatkan topeng muka di Liverpool.

“Alhamdulilah, dapatlah beberapa topeng muka dari officemate dari China. Nak tag dia takde pula insta. Kat sini payah nak dapat. KN95 tu jangan haraplah.

“Family Diddy ada post beberapa keping dari Malaysia yang dijangkakan sampai dalam minggu depan. Harap lepas la sampai sini. Katanya masks dah tak boleh pos keluar negara walau dalam kuantiti sedikit, berdasarkan pengalaman, percubaan orang lain,” tulis Diddy pada satu entri di Instagramnya.

Menurut Diddy, banyak pendapat mengatakan tidak perlu memakai topeng muka jika tidak sakit, namun pengalaman yang dilalui isterinya menyebabkan Diddy bimbang.

“Banyak pendapat mengatakan tak payah pakai mask kalau tak sakit. Seminggu lepas, wife Diddy pi la post office ada urusan penting.

“Ada satu makcik dah sangat berumur beratur belakang dia, terbatuk-batuk tak tutup mulut. Nasib baiklah wife Diddy memang balut muka dia pakai shawl,” tulis Diddy.

Tambah Diddy lagi, mungkin ramai yang faham tentang peraturan memakai topeng muka hanya apabila sakit, tetapi menurut Diddy ramai yang sakit tapi tidak memakai topeng muka dan membahayakan kesihatan orang lain.

“To be safe, pakai je lah,” tulis Diddy.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulilahhh dapat la beberapa topeng muka dari office mate dari China. Nak tag dia takde pula insta. Kat sini payah nak dapat. KN95 tu jgn harap la. Family Diddy ada post beberapa keping dari Msia yang dijangkakan sampai dalam minggu depan. Harap lepas la sampai sini. Katanya masks dah tak boleh pos keluar negara walau dalam kuantiti sedikit, berdasarkan pengalaman, percubaan orang lain. . Banyak pendapat mengatakan tak payah pakai mask kalau tak sakit. Seminggu lepas, wife Diddy pi la post office ada urusan penting, ada satu makcik dah sangat berumur beratur belakang dia, terbatuk2 tak tutup mulut. Nasib baik la wife Diddy memang balut muka dia pakai shawl. So kat sini kita mungkin paham peraturan pakai mask ni (pakai bila sakit je) tapi org yang tak begitu faham dan sakit pulak tu, akan lebih membahayakan kesihatan orang lain. To be safe, pakai je la.

A post shared by Diddy Hirdy (@diddyhirdy) on

Setakat 2hb April 2020, statistik yang dikeluarkan oleh World Health Organisation (WHO) menunjukkan United kingdom mempunyai bilangan kes sebanyak 29,865 kes dengan 2,357 bilangan kem4tian.

Diddy yang mendapat tajaan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk melanjutkan pelajaran ke Liverpool bakal menamatkan pengajian PhD pada Januari tahun hadapan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply