“Mily Jarang Nangis, Saya Rasa Dia Tak Tahu Sakit” – Juliana Evans Kongsi Perkembangan Anak

Pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans berkongsi perkembangan terkini anak sulungnya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah atau nama timangannya Mily. Menurut Juliana, 31, anaknya yang kini sudah berusia lapan bulan itu sudah semakin lasak.

“Botak girl ni dah boleh berdiri sendiri sekarang. Dia juga boleh merangkak dengan laju juga! Dia mengingatkan saya pada diri sendiri.

“Mummy pernah kata yang saya dulu seorang yang lasak dan adventurous sewaktu bayi,” katanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.

Dalam video tersebut, pelakon filem Bella & Jamie itu berkongsi gelagat anaknya yang kini sudah mampu berdiri sendiri di tempat tidurnya.

 

Katanya lagi, Mily juga seorang yang sukar menangis biarpun berdepan dengan ins1den yang boleh mendatangkan kesakitan kepadanya.

“Perkara paling best, Mily jarang menangis. Saya rasa dia tak tahu sakit. Bila kepalanya terh4ntuk atau sebagainya, dia lebih nampak seperti orang dalam keadaan keliru berbanding rasa sakit,” katanya.

Terdahulu, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata sulung pada 13 Julai 2019.

 

Sumber : Gempak

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply