Aliff Syukri Sambut Hari Jadi Seorang Diri Dengan Gardenia Buat Netizen Kasihan

Semalam (3 April) merupakan ulang tahun hari jadi ke-33 jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri. Sempena hari istimewa itu, usahawan tersebut memuat naik satu video di laman Instagramnya diiringi dengan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’.

Dalam video tersebut terdapat beberapa biji belon serta sesuatu yang kelihatan seperti sebiji kek bercahaya di bawah tudung saji.

Namun apabila usahawan tersebut membuka tudung saji, rupa-rupanya bukan kek di bawahnya tetapi sepeket muffin coklat Gardenia.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. . Di sebabkan Penyakit virus saya tak boleh keluar rumah utk raikan.. utk menyeru nasihat kerajaan.. tpi my para2 @cikbawang_ buat suprise utk sy sempena Hari lahir saya.. Syukur ahamdulillah kepada Allah kerana tahun ini aku genap umurku 33 Tahun dah terasa tua. Dan syukur kerana aku boleh merasai nikmat sehat, bahagia, nikmat bernafas dan masih bernyawa. Terima kasih kepada semua mak saya, arwah abah saya, nenek saya, anak anak saya, kakitangan saya, stokis saya, mp @as.legacymalaysia stokis dan frencis @dherbsholdingshq saya, peminat saya, heaters sy, pengguna pengguna saya, sesiapa sahaja di dalam muka bumi ini ❤️❤️ . . sempena hari lahir saya ingin memohon kemaafan sekiranya saya ada terbuat salah dan daripada hujung rambut saya sehingga hujung kaki saya. Saya sendiri tidak tahu nyawa saya sampai bila dan semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini kerana saya yakin kalau saya jatuh tersungkur tidak ada orang yang akan tolong saya melainkan diri saya sendiri untuk bangkit dan kuat kembali untuk masa depan saya. Doakan kebahagian saya di dunia dan di akhirat. AMIN AMIN AMIN YA RAB…

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Aliff terus membuka bungkusan dan mengambil sebiji muffin dengan teruja sebelum meletakkan lilin di atasnya. Dia kemudian membuat wish sebelum meniup lilin dengan gembira.

Walau bagaimanapun reaksinya berubah apabila dia mula menjamah muffin itu seorang diri, sebelum meletakkan muffin ynag tidak habis di atas meja dan berlalu pergi.

Aliff Syukri yang sejak kebelakangan ini telah membuat netizen berteka-teki apabila hubungannya dengan isteri dikatakan sedang diuji, mengundang ramai untuk berasa kasihan dengannya.

Namun penyanyi lagu Cuba Bahagia itu mengatakan dia tiada pilihan kerana musim c0v1d-19 menghalang dia untuk meraikan hari jadi dengan lebih meriah.

“Bukan sebarang roti..”

 “Mana yang lain…”

“Simple dan jimat…”

Walaupun Aliff pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan dia dan isteri baik-baik sahaja, tindakannya untuk tidak lagi mengikuti Datin Shahida di Instagram, di samping beberapa postingnya menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan netizen.

 

Sumber :Instagram Aliff Syukri via HCL

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply