“Lebih baik tolong hapvs COVID-19” – Andi Bernadee Engg4n Masuk Campur Dalam Pertik4ian Netizen

Memilih berdiam diri, penyanyi, Andi Bernadee enggan masuk campur dalam polemik pertik4ian netizen dan selebriti berhubung isu bantuan kerajaan, sejak akhir-akhir ini.

Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile berkata, dia tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana baginya, usaha menangani penularan COVID-19 lebih penting daripada bertelagah sesama sendiri.

“Bukan saya tak mahu membantu menegakkan hak artis, memandangkan saya sendiri dalam industri ini, tapi lebih baik saya tidak masuk campur.

“Bagi saya perkara itu tidak penting, apa yang lebih mustahak adalah usaha kita untuk membendung penularan COVID-19,” katanya kepada BH Online.

Andi berkongsi dirinya seronok berpeluang menyertai Malaysian Relief Agency (MRA) menghulurkan bantuan kepada insan memerlukan.

“Ahad lalu, saya menyertai MRA membungkus makanan dan keperluan untuk diagihkan.

“Saya fikir perkara ini semua orang boleh fikir. Tidak kisah lah siapa anda, artis, ahli politik, jurutera atau apa sekalipun, kita semua rakyat Malaysia.

“Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang berkemampuan, kita bantulah mereka. Ramai yang terjejas dengan penularan COVID-19.

“Kalau boleh, saya mahu dipanggil lagi. Namun, ramai mahu sertai, jadi kami perlu menunggu giliran. Diharapkan saya berpeluang membantu lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Andi mengaku sudah hampir dua bulan vokalnya tidak dilatih berikutan tiada tawaran menyanyi sejak Februari lalu.

“Sejak bulan Februari, saya tidak ada ‘show’, boleh kata dua bulan juga tidak menyanyi. Kalau nak cakap jadual seni saya terjejas, itu saya tidak menafikan. Tetapi semua orang melalui cabaran sama.

“Tapi setakat ini, saya baik-baik sahaja. Sebelum ini pun saya berjimat cermat,” katanya.

Andi merancang melancarkan album sulung selepas Aidilfitri, bagaimanapun ia terpaksa ditunda kerana tiga lagu masih belum dirakam.

“Mungkin saya akan tunda sehingga tahun depan. Setakat ini, saya sudah rakam empat lagu, ada tiga lagu belum disiapkan,” katanya.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: bharian

Be the first to comment

Leave a Reply