Terk4ndas Di Jakarta, Baby Shima Takut Keluar Rumah – “Kes Posltif COVID-19 Semakin Meningkat, Ramai Pesaklt Yang Menlnggal Dunia”

 

Penyanyi Baby Shima mengaku takvt keluar rumah ketika pihak berkuasa Indonesia meningkatkan operasi membendung penularan COVID-19 terutama di Jakarta.

Terkandas di Jakarta selepas kerajaan republik itu mengisytiharkan darvrat di bandaraya berkenaan sehingga 19 April ini, Baby Shima bagaimanapun menjelaskan dirinya baik-baik sahaja.

“Saya takut hendak keluar kerana kes positif COVID-19 semakin meningkat. Pesakit meninggal dunia semakin ramai.

“Disebabkan itu, saya lihat Jakarta yang memang terkenal dengan kesesakan jalan raya kini lenggang,” katanya kepada BH Online.

Terikat dengan komitmen seni di Indonesia, Baby Shima yang sudah tiga tahun berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta, terpaksa akur untuk terus menetap di kota kosmopolitan itu sehingga mendapat peluang pulang ke Malaysia.

“Sekiranya keadaan bertambah teruk, saya mungkin pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi buat masa ini, saya fikir lebih baik saya berkurung di sini kerana saya tiada tiket penerbangan pulang,” katanya.

Baby Shima berkata, biarpun tidak dapat bersama keluarga di Johor Bahru, Johor, dia akur dengan arahan pihak berkuasa yang mahu mengekang penularan wabak itu.

“Pada awalnya, saya runsing melihat situasi ini, risau jika tidak terkawal. Tapi alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.

“Berbeza dengan Malaysia, di sini, penduduk menggelar perintah berkurung sebagai ‘lockdown’. Tetapi kita masih boleh keluar untuk menguruskan perkara tertentu seperti membeli barangan keperluan harian,” katanya.

Bagaimanapun, sama dengan artis yang lain, Shima atau nama sebenarnya, Nor

Ashima Ramli, 28, mengaku jadual seninya turut terjejas.

“Siri jelajah saya di Jawa dan Sumatera terpaksa ditunda. Kalau diikutkan, ia berlangsung sepanjang bulan ini dan Mei. Malah, lagu baharu yang saya rakam sebelum penularan COVID-19 terpaksa ditunda pelancarannya.

“Single itu dijangka dilancarkan selepas Aidilfitri, tetapi tidak mengapa, saya faham situasi ini dan apa yang harus kita lakukan adalah duduk sahaja di rumah,” katanya.

Baby Shima berkata, ramai pengikut laman sosial menasihatkan dirinya pulang ke Kuala Lumpur.

“Tapi tiket penerbangan ke Malaysia sudah habis, jadi duduk sahaja di sini. Keluarga saya faham dan tahu saya boleh jaga diri, Insya-Allah semuanya baik-baik sahaja di sini,” katanya.

Bekas peserta program Big Stage musim pertama ini juga bersyukur keluarga di Johor dalam keadaan baik.

“Saya selalu berhubung dengan keluarga saya, bertanya khabar. Walaupun kami jauh, teknologi mendekatkan kami. Saya sentiasa berdoa supaya keluarga saya selamat dan seluruh dunia lekas pulih dan kita boleh bekerja seperti biasa,” katanya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: bharian

Be the first to comment

Leave a Reply