“JDT Family Botak Challenge” – TMJ c4bar botakkan kepala dalam tempok PKP

Pelbagai ragam dapat disaksikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Sekalipun terpaksa ‘berkvrung’ namun itu tidak menghalang pemain bola sepak daripada meneruskan rutin harian mereka apabila tetap menjalani latihan meskipun secara bersendirian di rumah masing-masing.

Jadi, mungkinkah kita dapat menyaksikan pemain dan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil dengan gaya rambut baharu dalam tempoh PKP?

Ini selepas pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melontarkan cabaran unik ‘JDT Family Botak Challenge’ menerusi laman sosial Johor Southern Tigers, semalam.

“Stay Safe. Keep Healthy. JDT Family Botak Challenge.” (Kekal selamat. Kekal sihat. Cabaran Botak Keluarga JDT).”

Dalam kemas kini sama, laman terbabit turut memaparkan gaya rambut terkini Tunku Ismail yang sudah pun botak dan beliau turut bergambar bersama pengurus pasukan, Luciano Figueroa.

Selain itu, menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan laman itu, kelihatan Tunku Ismail turut memanfaatkan tempoh PKP dengan melakukan senaman seperti berbasikal dan menolak beban.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: bharian

Be the first to comment

Leave a Reply