“Semua orang ada jari, belum tentu semua orang ada otak” – Niat nak ‘support’ Shuib, komen Man Raja Lawak pula dikec4m hebat netizen

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk p4dahnya.

Itulah yang terjadi kepada pelawak Man Raja Lawak gara-gara meninggalkan komen di status permohonan maaf Shuib Sepahtu dengan menyifatkan tidak semua orang boleh berfikir dengan rasional.

Menerusi Instagram Man mengakui k3silapannya berkata sedemikian namun tidak menjangkakan akan menerima ‘ser4ngan’ daripada netizen sehingga diminta untuk membuat permohonan maaf.

 

 

Man berkongsi perkara itu di Instagramnya pada Ahad.

“Bila artis disel4r hebat oleh sahabat netizen, saya pada mulanya berdiam diri tapi bila sahabat baik saya @shuibsepahtu disel4r teruk gara-gara dia ingin perbetulkan tanggapan ia menjadi lebih keruh.

“Saya baca satu persatu komen. Niat saya ingin beri support pada Shuib, cuma komen saya ayat terakhir mengundang kemar4han kerana saya menulis ‘semua orang ada jari belum tentu semua orang ade otak’.

“Selepas itu sahabat netizen menyer4ng saya dan membuat prov0kasi. Saya balas setiap komen mereka. Bila artis mula merendahkan ego memohon maaf saya baca setiap komen masih lagi ada netizen yang mencerca dan menghin4 artis tersebut.

 

Saya juga diseru untuk memohon maaf setelah dim4ki hamun tetapi bagi saya maruah diri bukan untuk digadai.

MAN RAJA LAWAK

PELAWAK

“Saya juga diseru untuk memohon maaf setelah dim4ki hamun tetapi bagi saya maruah diri bukan untuk digadai. Saya rela undur diri dengan maruah yang belum dipijak,” katanya.

Sebelum ini, Shuib memohon maaf atas keterlanjuran kata selepas menyokong pandangan penyanyi Black Hanifah dan Tomok berhubung dengan isu bantuan khusus untuk artis.

Dalam pada itu, Man turut memberitahu tindakannya berkongsi mengenai sumbangan wang kemenangannya di program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) berjumlah RM50,000 turut disalah erti segelintir netizen.

Bagaimanapun, ahli kumpulan Puteh itu memohon maaf secara terbuka kepada netizen dan mana-mana artis yang kurang senang melihat perkongsian tersebut di laman Instagramnya.

Niat Man berkongsi sumbangan di Instagram disalah erti segelintir netizen.

“Pada ketika itu saya dan isteri ada meminta pandangan ustaz sekiranya saya ingin memberi sumbangan apakah jalan terbaik untuk saya berbuat demikian.

“Niat saya bukan nk meraih simpati apatah lagi untuk riyak tetapi ikhlas hanya untuk membantu mereka yang kini dalam k3susahan. Saya amat terkejut kerana sumbangan kecil saya menjadi perbualan.

“Saya hanya muat naik status dalam IG bukan mencanangkan satu Malaysia. Tiada niat untuk menjadi hero atau dipandang mulia di mata masyarakat.

“Disini saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana artis atau sahabat netizen sekiranya saya ada berbuat k3salahan. Saya hanya hamba yang hina lagi lemah. Maafkan saya dan keluarga,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply