Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Hati Jutawan Azlan Al-Amin Sanggup Bayar Denda Adik Nursahira

Acap kali kita lihat individu di kalangan masyarakat yang melampaui batas dalam pelbagai aspek. Namun, sebagai manusia biasa, semestinya kita tidak dapat lari daripada melakukan k3s4lahan.

Begitulah asam garam kehidupan yang silih berganti. Oleh itu, sebagai insan yang bertanggungjawab, kita seharusnya sentiasa mendoakan k3sejahteraan, kebaikan pada insan lain.

Kisah insan mulia, pemilik facebook Muhammad Azlan Al-Amin yang tular di media sosial hari ini, difahamkan sanggup datang dari jauh semata mata untuk membayar d3nda RM10,000, seterusnya membebaskan adik Nursahira.

Sungguh mulia tindakan insan ini, semoga dapat menjadi ikutan pada masyarakat diluar sana dan tidak lupa pada pes4lah agar insaf.

Kapsyen ringkas saudara Azlan:

Turut berkongsi foto foto bersama Peguam

Bersama Mak Ayah Syaherah di Mahkamah Alor Star,Kedah.Mereka hanya menangis lihat saya,mereka cakap tak ada apa boleh bagi.Saya kata,saya hanya mahu DOA.

Dari miskin tegar, kini jutawan

Kisah Azlan menjadi tular sejak tahun lalu apabila kisah pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin tegar, namun kini bergelar jutawan telah menjadi inspirasi kepada orang lain.

Peneraju syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd itu pernah berkata ““Jadikan kemiskinan sebagai motivasi, jadikan kekayaan sebagai inspirasi. Apabila memperoleh rezeki, kita perlu bersyukur dan berbuat kebajikan dengan hidup berbakti.”

Jom Lihat apa kata netizen dalam ruangan komen:

” Adik buat pengajaran.Jaga budi bicara pas ni, hormat orang tua2.Baqu la mak pak mertua Sayang.. Hope pas ni adik serik xkan ulang lagi.. Sayang masih muda lagi.

” Jangan ikut hati Dan perasaan. Kalau dak. qaya lah ke terai besi taun ni. Buat diluar sana Jagalah budi bicara anda bila berkata2

” Yg mana dok sel4r tu sembang mcm malaikat.. Hidup tak pernah buat silapm. Hebat hangpa.. Tahniah… Kalau blh mana mnausia buat si1lap salah hvkum p3njara seumur hi1dup puas hati la kot..

” Ingat satu saja nak habaq.. Hari ni hari dia.. Hari hangpa tgu pulak la.. Dok kata sedap kat org… Allah tu maha adil.. Hati hati la

Dengan niat membantu, menolong, semoga tuan mendapat ganjaran pahala dari raja segala makluk. Aamiin

Semoga DiPernudahkan urusan encik dan adik ni…lps kluar ni ..jgn la buat hal lg..belajar la dari k3silapan ni. Jd la manusia yg berguna..adik tk k3sian kt diri sendiri..tp adik k3sian la kt mak ayah adik…balik minta la maaf kt diaorg..selagi diaorg masih ada….umur masih muda..jgn bertindak di luar kew4rasan diri

Ya lah kita hanya boleh ambik iktibar dari kejadian ini… Pihak berkuasa hanya menjalankan tugas… Tugas tetap tugas… Arahan kena ikut… Soga kejadian in menjadi iktibar kepada semua rakyat malaysia. Kerana mulut, badan binasa… Malu keluarga dibuatnya, unti adik saherah… Ambilah pengalaman ini dengan sewajarnya.

Tahniah tuan ..untuk adik ni..belajarlah dari k3silapan..sebab tidak akan selalunya kita bernasib baik..jaga air muka ibu ayah. k3sian mereka.

Terdahulu Mhkamah Sesyen Alor Setar, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas k3salahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.

Tertvduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bers4lah selepas pertvduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat mengani1aya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Dia did4kwa melakukan k3s4lahan mengikut Sksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Murtazadi mengarahkan hukvman ke atas Nursahira bermula pada tarikh dia dit4han dan sekiranya g4gal membayar d3nda, tertuduh akan dihvkum p3njara dua bulan.

Pend4kwaan dilakukan Timbalan Pend4kwa Raya, Aqharie Durranie Aziz manakala tertvduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian 27 Mac lalu, seorang wanita ditahan polis jam 11.30 malam, selepas dia memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.

Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas m4rah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops Covi1d-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, kira-kira jam 9 malam.

Dulu pengutip sampah kini jutawan, apa rahsia Azlan

SHAH ALAM – “Jadikan kemiskinan sebagai motivasi, jadikan kekayaan sebagai inspirasi. Apabila memperoleh rezeki, kita perlu bersyukur dan berbuat kebajikan dengan hidup berbakti.”

Demikian kata ikon usahawan muda, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 32, yang kini kisah hidupnya dibukukan dengan tajuk ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’.

Peneraju syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd itu turut bersyukur apabila kisah pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin tegar, namun kini bergelar jutawan telah menjadi inspirasi kepada orang lain.

“Kita perlu sedar keberkatan, k3sempitan atau kemurahan rezeki bergantung kepada hubungan kita dengan ALLAH. Jika kita ada masalah hubungan dengan ALLAH, rezeki sempit.

“Sebagai manusia, kita tidak pernah sunyi daripada k3silapan dan kelemahan, namun ALLAH melihat bagaimana kita mengubah k3silapan dan mengatasi kelemahan itu dengan bertindak untuk menjadi lebih baik dan memperbaiki kekurangan itu agar lebih cemerlang,” katanya ketika dihubungi penulis.

Mohamad Azlan berkata, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sewaktu melalui fasa kehidupan yang sukar adalah apabila beliau menjadi pengutip sampah di bawah syarikat kontraktor pembersihan selama 6 bulan di Kem TUDM Gong Kedak, Pasir Putih, Kelantan pada 2005.

Mohamad Azlan berkongsi rezeki dengan menaja pembinaan madrasah dan surau tahfiz.

“Ketika itu, saya selalu membawa balik makanan kurang elok yang diasingkan untuk dibuang di kantin Kem TUDM tetapi masih boleh dimakan seperti ayam dan ikan untuk keluarga. Suatu hari bila balik rumah, saya nampak emak menangis melihat ulat jatuh dari poket baju saya ketika membasuh.

“Dari situ, saya tekad untuk mengubah kehidupan kerana kasihankan emak saya. Emak menangis dan berdoa semoga saya mendapat peluang lebih besar.

“Saya menghargai jasa emak, Siti Aishah Ismail, 57, dan ayah, Abdullah @ Ali Ahmad, 73 yang membesarkan kami 16 beradik dan memberikan pendidikan walaupun serba kekurangan,” ujarnya.

Keputusan beliau untuk tinggalkan rumah dengan berbekalkan RM1.30 telah membina kehidupan baru dan pertemuan dengan Cikgu Halim Md Saman dan Cikgu Ramli Hassan telah membuka jalan rezeki Mohamad Azlan dalam bidang hartanah.

“Saya percaya kepada pemikiran positif akan menghasilkan tindakan positif, seterusnya membawa kejayaan. Bila dan di mana, saya tidak tahu. Apa yang pasti kejayaan akan hadir apabila saya berusaha dengan betul,” katanya.

Anak kelahiran Besut, Terengganu ini akan menjadi tetamu istimewa pada Sesi Bersama Tokoh dalam program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) 2.0 bertajuk ‘Rezeki: Keluh k3sah bila sikit, bakhil bila banyak’ pada jam 6.30 pagi, 28 September ini.

Sesi tersebut diadakan pada program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) 2.0 yang bermula jam 4.30 pagi. Pengisian RICH dimulakan dengan sesi Tadabbur Surah Al-Ma’arij oleh Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail

Orang ramai boleh mengikuti RICH 2.0 secara online pada 6.30 pagi di FB Live WorldQuranHour. Mereka yang ingin menyertai secara offline boleh datang ke QTT, Tingkat 1, Bangunan Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf di sini pada 28 September ini. Kemasukan adalah percuma. Untuk penyertaan RICH, boleh mendaftar di http://bit.ly/RICH1441H.

Mohamad Azlan memberi sumbangan 10,000 beg kepada pelajar kurang berkemampuan di Terengganu dan Kelantan.

Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, RICH di bawah kempen My Family #QuranHour dianjurkan oleh WUIF dan Rumah Ngaji sejak 2014.

“Ia merupakan program pengisian rohani seawal jam 4.30 pagi hingga 7.30 pagi. Aktiviti yang diadakan berinteraksi dengan al-Quran, bertadabbur surah pilihan, solat Tahajud, solat Subuh dan resolusi untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita. Spiritual yang dibawa ini selari dengan saranan hadis,” katanya.

Daripada Abdullah bin Sallam RA berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, berilah makanan, sambung tali silaturrahim, dan solat ketika orang ramai tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat sejahtera.” (Riwayat Imam Tarmidzi)

Marhaini menambah, dengan mengikuti panduan Rasulullah SAW, kita dapat membina kekuatan dalaman diri untuk berjuang perkara benar. Kualiti tersebut diharap ada dalam kalangan Sahabah al-Quran, ejen perubahan kepada masyarakat.

“Sempena 1441H, RICH tahun keenam ini memberi panduan bagaimana memperoleh rezeki yang luas sebagaimana dijanjikan oleh ALLAH untuk membina keluarga dan masyarakat hingga ke Jannah. Sebelum ini, RICH memfokuskan tema “Masuk syurga sekeluarga”.

Marhaini berkata, RICH diadakan pada setiap Sabtu jam 4.30 pagi selama 12 minggu bermula 21 Muharram 1441H bersamaan 21 September lalu.

“Lebih istimewa, orang ramai boleh menyertai RICH secara offline dan online.

“Saya berharap RICH dapat menjadi ;keystone habit’ kepada umat Islam dengan al-Quran, Solat dan Infaq (QSI). Kita sudah mulakan tabung infaq atau Tabung Quran di penghujung program RICH,” katanya.

sumber: sinar harian via mb

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply