[VIDEO] Askar ini datang bantu pakaikan penutup muka pada makcik OKU ini buat ramai sebak!

Kerajaan telah mula menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada orang ramai sejak isnin lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac sehingga 14 April 2020.

Wang bantuan tersebut telah diagihkan mengikut bank masing-masing bagi yang layak.

Menerusi satu muat naik di laman Facebook, seorang anggota beruniform yang sedang bertugas, Khairul Zulkefli telah berkongsi video seorang warga emas OKU yang dikatakan mahu ke pasar raya berdekatan membeli barang keperluan harian.

Klip video tersebut telah meraih simpati netizen kerana dia hanya pergi berseorangan tanpa sebarang teman dalam keadaan berkerusi roda.

 

Menurut Khairul, wanita tersebut dalam perjalanan menuju ke sebuah pasaraya namun tidak memakai topeng muka.

“Mak cik ni OKU, dia nak pergi pasaraya NSK, tapi takda mask. So kami bagi mask dan glove pada makcik ni.

“Dia sorang-sorang je pergi beli barang, takda siapa yang bantu dia. Beli barang pun lepas dapat bayaran BPN. Semoga dipermudahkan segala urusan mak cik ini.”

Di dalam rakaman tersebut, dapat dilihat seorang anggota tentera yang berada di tempat kejadian memberi topeng muka dan sarung tangan getah kepada warga emas tersebut.

Ia merupakan satu langkah berjaga-jaga agar warga emas tersebut tidak terkena j4ngkitan virvs C0vid-19.

Warga emas tersebut mengatakan bahawa dia duduk di kawasan Kampung Laksamana, Batu Caves.

Malah, dia turut memberitahu bahawa dia tinggal berseorangan tanpa anak mahupun sanak saudara.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar makcik tersebut sentiasa dilindungi-Nya.

“Untuk makcik…sy doakan semoga segala urusan mkcik dpermudahkan, semoga Allah mmberi rezki yg luas pd mkcik, semoga mkcik dberi k3sihatan yg baik…untuk en askar..terima kasih kerana mmbantu, sy doakan semoga en sentiasa mendapat rahmat dan redha Allah… Aamiin” – Nina MdNajhmi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: vanillakini

Be the first to comment

Leave a Reply