Isteri gembira suami tinggalkan duit beli lipstick, nota sweet di peti sejuk… rupa-rupanya ada yang kurang senang

BUKAN nilai wang ringgit menjadi ukuran namun keikhlasan hati yang diutamakan.

Biarpun hanya diberikan RM30 oleh suaminya untuk membeli lipstik, ia sudah cukup memberi kegembiraan buat wanita ini.

Kata Siti Nurafiny Hamsani, 26, dia juga terharu apabila wang itu dikepilkan bersama sekeping surat ringkas sebelum diletakkan di peti ais oleh suaminya.

“Bukan pasal nilai wang, tapi sebab dia jarang buat macam tu. Tiba-tiba bangun tidur ada nota di peti.

“Bukanlah nak menunjuk. Biasanya dia transfer duit. Semalam (Isnin) dia buat nota, sebab tu saya kongsi di Twiter.

“Rasa nak appreciate apa dia buat. Mungkin juga suami baca tweet saya pada malam sebelumnya pasal nak beli lipstik,” ujarnya kepada mStar.

Posting yang tular di laman Facebook.

Setelah tular dan menerima lebih 12,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter, ada pula segelintir individu yang mempersoalkan tentang nilai pemberian berkenaan.

Namun jelas Nurafiny, dia bersyukur seadanya dan tidak mahu terlalu mengambil pusing mengenai cakap-cakap negatif yang dilontarkan kepada dirinya.

“Ada dalam 10 individu. Kebanyakannya lelaki… mereka kata kenapa tak transfer je duit tu? 

 

Kebetulan kami juga sama-sama puasa sunat, jadi saya masak nasi ayam untuk suami sebab dia ada sebut-sebut sebelum tu dan juga untuk hargai apa yang dia buat pada saya pagi tu, siap ada nota kat peti.

SITI NURAFINY HAMSANI

SURI RUMAH

 

“Kalau suami saya transfer, saya tak kongsilah di Twitter. Ini sebab ada nota, ia agak istimewa. Jadi saya kongsi bersama kawan di Twitter. Tak sangka jadi viral.

“Ada juga seorang perempuan mesej saya, pertikai nilai RM30 tu… kenapa tak minta lebih? Pada saya cukup je, kalau tak cukup boleh tambah duit sendiri.

“Saya pun dah order lipstik secara online. Tapi saya guna duit sendiri. Saya simpan duit dengan nota yang suami bagi, ada lagi kat peti sampai sekarang.

 

Antara mesej diterima Nurafiny yang mempertikaikan pemberian RM30 suaminya.

“Kebetulan kami juga sama-sama puasa sunat, jadi saya masak nasi ayam untuk suami sebab dia ada sebut-sebut sebelum tu dan juga untuk hargai apa yang dia buat pada saya pagi tu, siap ada nota kat peti,” ujar suri rumah itu lagi.

Malah, foto nasi ayam yang dikongsi turut mencuri perhatian ramai sehingga ada yang meminta dia berkongsi resepi.

Enggan menghampakan mereka, Nurafiny ada membuat perkongsian resepi nasi ayam berkenaan untuk pelayar Twitter yang memintanya berbuat demikian.

 

 

Nurafiny dan suami, Mohd Shahrill Mohd Shafri.

Nurafiny dan suami, Mohd Shahrill Mohd Shafri, 28, berkahwin sekitar dua tahun lalu dan sama-sama menetap di Melaka.

Bercerita mengenai situasi semasa berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, Nurafiny mengakui kehidupan mereka turut terkesan, sama seperti insan-insan lain di negara ini.

 

Foto nasi ayam yang dikongsi Nurafiny.

“Tapi yang agak best, suami selalu kat rumah masa PKP ni. Kalau dulu weekend selalu keluar, boleh pergi beli barang bersama.

“Sekarang dia je keluar. Nak balik kampung pun tak boleh. Tahun ni sepatutnya kami balik beraya di Kelantan, kampung saya.

“Sebab dah dua tahun beraya di Segamat, Johor… kampung suami. Saya harap Covid-19 berakhir di negara ini, kehidupan kita semua kembali seperti biasa dan kita semua dapat beraya bersama keluarga,” ujar isteri kepada pegawai bank itu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply