Meskipun Berbadan Dua, King Coco Turun Padang Hulur Bantuan

 

Instafamous yang kini bergiat dalam politik, King Coco berkongsi beberapa foto ketika dia memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan ekoran krisis COVID-19.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Coco bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan membolehkan dia ‘turun padang’ meskipun sedang berbadan dua.

“Bismillah, Allah SWT menggerakkan tubuh ini untuk menjadi perantaraan, mengagihkan bantuan di bahagian Bagan Serai.

“Walaupun berbadan dua, Allah SWT masih mengizinkan dan menguatkan tubuh ini untuk melihat dan membantu ramai lagi golongan yang memerlukan,” tulisnya sebagai kapsyen.

 

Dalam pada itu, Coco juga menjelaskan dia tidak mended4hkan wajah individu yang menerima bantuan darinya kerana menghormati mereka.

“Saya memilih untuk tidak mendedahkan muka-muka penerima di media sosial yang saya miliki, luar dari media sosial saya adalah luar bidang kuasa saya.

“Kenapa saya memilih tidak mendedahkan muka-muka yang menerima bantuan? Kerana saya menghormati mereka, mereka juga seorang yang mempunyai maruah dan air muka,” tulisnya lagi.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillah, Allah swt menggerakkan tubuh ini untuk menjadi perantaraan, mengagihkan bantuan di bahagian bagan serai. Walaupun berbadan dua, Allah swt masih mengizinkan dan menguatkan tubuh ini untuk melihat dan membantu ramai lagi golongan yang memerlukan. Saya memilih untuk tidak “expose” muka muka penerima di media sosial yang saya miliki. Luar dari media sosial saya, adalah luar dari bidang kuasa saya. Kenapa saya memilih untuk tidak “expose” muka muka yang menerima bantuan? Kerana saya menghormati mereka. Mereka juga seseorg yang mempunyai maruah dan air muka. Jadi saya hormat walau mereka tidak berkata ap apa. Semoga Allah merahmati kita semua. Perancangan Allah swt itu hebat. Sangat hebat. Kita harus bersyukur dan sentiasa melihat kedepan, janganlah kita manusia merasa hebat, kerana DIA mampu mengubah segalanya tanpa kita sangka. Janji Allah itu pasti. #stayhome #staysafe #wecanbreakthechain

A post shared by KING COCO ? (@k1ngcoco_1) on

Mac lalu, Coco telah memenangi jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai, Perak dengan memperolehi 62 undi menewaskan dua calon lain.

Terdahulu, Coco mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang dikenali sebagai Kapten Azrin pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Kyle Mateen yang kini berusia 3 tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply