D4kwa Sudah Bebas COVID-19, Wuhan Kembali Sesak Dengan Orang Ramai!

Sebut saja COVID-19, pastinya semua akan mengaitkan wabak tersebut dengan daerah Wuhan yang dikatakan menjadi punca penularan virus
berkenaan.

Jumlah kes yang terlampau tinggi memaksa kerajaan China untuk mengarahkan perintah lockdown.

Namun itu dulu, kini Wuhan dan China dikatakan sedang memasuki proses pemulihan daripada COVID-19.

Malah, bandar Wuhan dikatakan telah kembali padat dengan kemunculan semula penduduk mereka yang keluar masuk.

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, jalan raya di Wuhan dilihat kembali sesak.

Orang ramai pula berpusu-pusu keluar bagi meraikan kebebasan mereka daripada COVID-19.

 

Persoalannya, adakah Wuhan benar-benar bebas daripada COVID-19?

Untuk makluman, China hari ini melaporkan 42 kes koronavirus baharu pada Jumaat, termasuk 38 kes melibatkan pelancong dari luar negara.

Menerus laporan Astro Awani, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China dalam satu kenyataan menjelaskan 47 kes baharu koronavirus yang tidak dilaporkan di China juga mencatat penurunan berbanding 61 kes pada hari sebelumnya.

China sebelum ini dikatakan tidak telus dalam berkongsi perkembangan sebenar koronavirus sehingga menjadi kemarahan berikutan virus itu mereb4k dengan cepat ke seluruh dunia.

Wabak yang berpunca dari Wuhan di wilayah Hubei pada penghujung tahun lalu menyebabkan ramai penduduk dijangkiti virus tersebut.

Pada Selasa, pihak berkuasa negara itu mengumumkan di 45 kawasan penempatan penduduk di Wuhan bebas wabak tersebut.

Sumber: Twitter, Astro Awani

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply