Fara Hezel kini h4mil tiga bulan – “Gembira… tapi sedlh tak dapat teman ibu bers4lin adik ke-11”

PENYANYI Fara Hezel mengumumkan dirinya kini sedang hamil tiga bulan.

Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri, 24 berkata dia dan suami, Tengku Kamal teruja apabila menerima perkhabaran berita gembira itu.

“Alhamdulillah, kandungan saya baru sahaja memasuki bulan ketiga. Saya dan suami sangat tervja dan tak sabar nak timang cahaya mata pertama kami ini.

“InsyaAllah, anak sulung ini dijangka akan dilahirkan November depan… tentang jantina kami tak kisah!

“Sekarang ini saya tengah mengalami alahan yang agak tervk, muntah-muntah dan sebagainya… mungkin ini situasi biasa yang dilalui ibu hamil,” katanya kepada mStar.

Fara dan suami, Tengku Kamal.

Fara berkahwin dengan ahli perniagaan dari Terengganu iaitu Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember tahun lalu.

Meskipun gembira bakal bergelar ibu tidak lama lagi, Fara berkata dia turut bersedih kerana tidak dapat bertemu adik bongsunya yang baru dilahirkan pada Khamis lalu.

“Sedih sangat sebab tak dapat nak teman mak di hospital dan jumpa adik ke-11 kami yang baru lahir.

Ibu Fara selamat melahirkan anak ke-11 pada Khamis lalu.

“Saya sekarang berada di Terengganu di rumah mentua, memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi memang saya dan suami tak boleh balik Kuala Lumpur.

“Tak sabar rasanya nak jumpa adik dan mak… sekarang ini pun tengah mengid4m nak makan rendang istimewa air tangan ibu,” ujarnya.

Pada Khamis lalu, ibu kepada penyanyi Aiman Tino dan Fara Hezel iaitu Hazelina Mat Jalil, 43, selamat melahirkan anak ke-11 di Hospital Selayang, Selangor.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply