Fuh! Gadis cari pakwe musim kuar4ntin selamat dari ser4ngan tenter4 bawang Malaysia – “Kawan dah p4dam sebab dia segan”

 

MUNGKIN segelintir individu berbadan ‘comel’ mempunyai sedikit rasa kurang yakin ataupun rendah diri dek kerana saiz tubuh mereka.

Tambahan pula, wujud individu yang cenderung untuk memilih pasangan berdasarkan berdasarkan rupa paras dan penampilan fizikal.

Bagi gadis ini, tergolong dalam kategori ‘comel’ bukanlah alasan untuk seseorang berasa rendah diri atau malu.

Farhana Syafila berkata, sikap berkenaan hanya akan menjadikan seseorang terk0ngkong dalam persekitaran yang neg4tif dan tidak mampu untuk bergerak ke depan.

Justeru katanya, dia memberanikan diri memuat naik satu perkongsian di Twitter sebagai satu percubaan untuk mencari seseorang sebagai pasangan hidup.

Perkongsian yang dimuatnaik Farhana meraih 7,100 retweet.

“Sebenarnya ada kawan yang muat naik perkongsian seperti itu pada awalnya. Dan saya rasa seperti nak cuba tiru juga, jadi saya beranikan diri untuk buat perkongsian yang sama, cuma ubah mengenai ciri-ciri dan personaliti.

“Tapi tak sangka ramai yang like, retweet dan komen. Bila makin banyak retweet, saya tanya kawan saya sama ada dia dapat respon yang sama. Tapi katanya dia dah padam sebab segan. Saya nak padam juga tapi kawan kata biarkan saja sebab ramai pula yang komen positif dan beri sokongan moral,” ujar gadis ini kepada mStar.

Tambahnya yang senang disapa sebagai Farhana, sebelum bertindak memuatnaik perkongsian sedemikian, dia menyedari risiko yang bakal dihadapi, antaranya kecaman ‘tentera bawang’ Malaysia. Namun sebaliknya pula yang berlaku apabila perkongsian berkenaan dibanjiri dengan komen yang positif.

 

Bagi saya, tak salah kalau nak cuba buat perkongsian cari jodoh di laman sosial. Tapi terpulang kepada pendapat masing-masing.

FARHANA SYAFILA

PELAYAR TWITTER

“Ramai yang minta saya jangan rendah diri dengan bentuk fizikal. Malah ada yang marah sebab saya tulis perkataan ‘chubby’ untuk gambarkan fizikal diri. Kata mereka, berbadan besar bukan satu kekurangan.

“Ramai juga yang mendoakan moga urusan jodoh saya dipermudahkan. Terima kasih kepada semua, mudah-mudahan doa mereka itu dimakbulkan,” kata gadis berusia 24 tahun ini.

Bercerita lebih lanjut, Farhana yang merupakan pelajar semester akhir di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berkata, dia sememangnya berbadan ‘comel’ sejak menuntut di sekolah rendah.

Gambar kenangan Farhana ketika kecil.

“Dalam keluarga, saya sahaja yang berbadan comel. Masa kecil-kecil dulu ada juga yang mengejek. Biasalah budak-budak. Tapi sekarang tak ada lagi.

“Ibu saya pernah juga beberapa kali minta saya kuruskan badan. Bukan apa, dia bimbang jika saya ada masalah kesihatan jika berbadan besar. Bukan tak pernah cuba, tapi berat badan susah nak turun,” kata gadis ini yang kini sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat di Subang, Selangor.

Dalam pada itu, Farhana yang berasal dari Kemaman, Terengganu ini berharap perkongsian tersebut secara tidak langsung dapat memberi mesej positif kepada mereka yang tergolong dalam kategori ‘comel’ sepertinya.

Farhana (empat, kanan) dikelilingi rakan-rakan yang sangat positif.

“Bagi saya, tak salah kalau nak cuba buat perkongsian cari jodoh di laman sosial. Tapi terpulang kepada pendapat masing-masing.

“Bagi saya, bentuk fizikal macam mana sekali pun, rupa paras cantik atau tidak, kita kena bersyukur dengan apa yang dikurniakan Tuhan. Usah ambil kisah kata-kata orang kerana hanya diri kita yang laluinya,” katanya. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber:  mstar

Be the first to comment

Leave a Reply