“Kerja saya terg4nggu” – Hand sanitizer beli online, botol kecil tapi mampu ros4k tangan… gadis ini dah terkena!

 

PENGGUNA setia media sosial tentu sedia maklum mengenai aktiviti peniaga online yang berlumba-lumba untuk menghasilkan hand sanitizer sendiri di awal penularan Covid-19.

Sebagai pengguna, kita perlu berhati-hati ketika memilih produk kerana kita tidak tahu apakah formula yang digunakan untuk membancuh larutan tersebut dan adakah produk tersebut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?.

Jika perkara ini tidak diberi perhatian, anda mungkin akan menerima nasib yang sama dengan Qaisara Afiqah, 24, yang membeli produk hand sanitizer melalui sebuah platform dalam talian.

“Saya beli masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan. Pada waktu itu, semua kedai kehabisan stok, jadi saya pun beli melalui online.

“Sewaktu pilih produk, saya tak semak terlebih dahulu kandungannya. Saya main beli sahaja sebab saya ingatkan semua hand sanitizer sama.

“Pakai pun bila keluar rumah beli barang keperluan sahaja. Saya memang jarang guna hand sanitizer sewaktu di rumah,” kata Qaisara kepada mStar.

Tambahnya lagi, dia mula menyedari kesan sampingan akibat penggunaan hand sanitizer tersebut hanya selepas dua kali menggunakannya.

Perkongsian Qaisara di Twitter mendapat perhatian netizen.

“Kali pertama saya guna produk tu dah ada gatal-gatal, tapi saya ingatkan hanya simpt0m biasa.

“Selepas 2-3 kali guna, kulit tangan saya mula mengelembung air sehingga mengelupas.

“Saya terus berhenti menggunakan produk tersebut tetapi tangan saya masih mengalami gatal-gatal,” jelas Qaisara yang menetap di Subang Jaya, Selangor.

 

Sewaktu pilih produk, saya tak semak terlebih dahulu kandungannya. Saya main beli sahaja sebab saya ingatkan semua hand sanitizer sama.

QAISARA AFIQAH

PENULIS

 

Qaisara yang bekerja sebagai penulis di sebuah syarikat penerbitan memberitahu dia sukar untuk menulis artikel disebabkan keadaan tangannya itu.

“Saya terpaksa beritahu bos saya untuk mengurangkan penulisan artikel buat sementara waktu kerana tangan saya sangat tidak selesa untuk melakukan kerja.

“Kerja-kerja harian saya juga terganggu. Saya tak boleh nak memasak kerana tangan saya pedih apabila terkena air,” beritahu Qaisara yang merupakan lulusan Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Komunikasi Massa (Penerbitan).

Produk hand sanitizer yang digunakan oleh Qaisara.

 

Selepas seminggu berhenti daripada menggunakan produk tersebut, Qaisara memberitahu keadaan tangannya semakin pulih.

“Disebabkan PKP, saya tak berani keluar rumah untuk ke klinik. Jadi, saya tak guna langsung hand sanitizer tu dan sapu gel aloe vera setiap masa. Alhamdulillah tangan semakin pulih.

“Saya duduk berjauhan dengan keluarga, nak tak nak saya kena uruskan sendiri setiap masalah yang dihadapi,” ujar Qaisara yang berasal dari Terengganu itu.

Keadaan tangan Qaisara semakin pulih selepas seminggu berhenti menggunakan produk tersebut.

Sehingga kini, tweet Qaisara yang dimuat naik pada Rabu lalu telah mendapat 3,300 retweet (ulang kicau) dan 2,400 tanda suka daripada netizen yang rata-rata turut berkongsi pengalaman mereka.

“Kakak saya pun ada kena juga perkara yang sama, tangan dia sampai sekarang merah-merah lepas pakai hand sanitizer,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Tangan aku kena juga, satu tangan menggelupas semenjak PKP ni,” tambah netizen lain.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply