Ramai bimb4ng wujud kluster gunting rambut, Miti akan teliti semua pandangan rakyat

 

KERAJAAN akan meneliti semula keputusan Kementerian Perdagangan Antarbangsa dan Industri (Miti) yang membenarkan khidmat gunting rambut beroperasi bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 bermula 15 April ini.

Ia susulan kebimbangan ramai selepas wujud kes jangkitan melibatkan kluster gunting rambut di luar negara.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua pandangan rakyat mengenai perkara tersebut akan diperhalusi.

“Betul…. semalam macam-macam berita yang keluar di sosial media, WhatsApp grup berbincang perkara yang sama.

“Insya-Allah saya percaya saya dimaklumkan Miti akan meneliti semua pandangan rakyat dan Insya-Allah Miti akan memperhalusi perkara ini,” katanya pada sidang media petang Sabtu.

Pada Jumaat, Miti mengumumkan perkhidmatan gunting rambut asas (gunting saja) antara sembilan sektor yang dibenarkan beroperasi bermula 15 April ini.

Mengenai cadangan operasi kedai makan dilanjutkan pada bulan Ramadan, Ismail Sabri berkata tempoh premis perniagaan dan restoran yang dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam masih kekal setakat ini.

Katanya, buat masa ini kerajaan masih belum bercadang untuk melanjutkan tempoh operasi tersebut.

“Belum lagi… PKP Fasa 2 tak habis lagi sampai 14 April ini. Insya-Allah kita akan tengok keperluan.

“Kalau setakat ini saya tengok keadaan begitu tenang dan selesa. Rakyat masih lagi boleh membeli makanan sehingga pukul 8 malam sebelum kedai ditutup,” katanya.

Malah beliau berkata tiada aduan diterima daripada orang ramai berhubung tempoh waktu operasi yang ditetapkan.

“Tiada banyak aduan tentang kesukaran untuk dapatkan makanan. Jadi saya kira setakat ini kita tidak menukar jangka waktu ditetapkan,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply