Syafiq Kyle setuju PKP dilanjutkan demi keselamatan – “Rancangan bawa ibu bapa tunai umrah terpaksa dit4ngguh”

 

KERAJAAN telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir pada 14 April telah dilanjutkan selama dua minggu lagi iaitu sehingga 28 April depan.

Meskipun mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, namun pelakon Syafiq Kyle setuju dengan tindakan yang diambil pihak kerajaan untuk memastikan w4bak Covid-19 benar-benar berakhir.

“Bagi saya, tindakan kerajaan melanjutkan tempoh PKP demi keselamatan seluruh rakyat Malaysia. Sebab kita tak tahu lagi virus ini akan hilang macam mana, jadi ini saja langkah terbaik.

Syafiq setuju tindakan kerajaan melanjutkan PKP.

“Apa yang penting, kita perlu menjaga kesihatan diri dan keselamatan semua orang. Apa saja keputusan dan perintah kerajaan kita perlu ikut sebab mereka lebih tahu,” katanya kepada mStar.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penambahan tempoh PKP selama dua minggu bermula 15 hingga 28 April depan.

Tambah Muhyiddin, lanjutan tempoh PKP ini memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan Covid-19, selain mengelakkan penularan semula wabak itu dalam masyarakat.

 

Sebenarnya saya ada perancangan nak bawa ibu dan bapa saya tunai umrah tahun ini.

SYAFIQ KYLE

PELAKON

 

Malah, ia juga selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan PKP dalam jangka masa terlalu awal.

Dalam pada itu, Syafiq memberitahu dia mempunyai perancangan untuk membawa ibu bapanya menunaikan umrah pada tahun ini namun reda hasrat tersebut terpaksa dilupakan buat sementara waktu.

Pelakon filem Pusaka ini juga berkata jadual aktiviti seninya tidak terlalu terjejas kerana kebetulan waktu perlaksanaan PKP ini sememangnya waktu bercuti untuknya.

“Sebenarnya saya ada perancangan nak bawa ibu dan bapa saya tunai umrah tahun ini. Saya ingat mungkin selepas sambutan hari raya atau hujung tahun.

Syafiq ada melakukan senaman sepanjang tempoh PKP.

“Tapi memandangkan keadaan sekarang tidak mengizinkan, saya tangguh dahulu hasrat tersebut. Insya-Allah mana tahu rezeki untuk bawa mereka ke tanah suci, Makkah pada tahun hadapan.

“Sebenarnya, jadual seni saya tidak la terjejas sangat sebab kebetulan saya memang tengah bercuti. Sepanjang PKP ini pun saya banyak habiskan masa sendirian.

“Buat senaman, kemas rumah, main games dan kadang-kadang saya memasak juga tapi masak makanan orang bujang la. Nak balik rumah parents, tak boleh,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply