Vldeo Fizz nasihat loghat Pahang mencuit hati. “Hingga kini, saya sudah menyiapkan tiga vldeo pesanan”

 

KUALA LUMPUR: Gelagat pelakon, Datuk Fizz Fairuz bercakap loghat Pahang menerusi video yang dimuat naik dalam akaun Instagram (IG) menasihatkan orang negerinya cukup menggeletek hati.

Malah, video berkenaan dikongsi ramai pengikutnya di laman IG.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Repost @almynadiaofficial with @make_repost ・・・ Nasihat utk semua … #stayathome #staysafe #dudukrumahchallenge #artisdudukrumah #artisdudukdiam #cov19 #PKP cc @fizzfairuzofficial @tengku.aishah #anakjatipahang

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial) on

Berikutan itu, Fizz berhasrat menghasilkan lebih banyak video pesanan dalam dialek negeri kelahirannya hingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

“Sebenarnya idea menghasilkan rakaman video dalam dialek Pahang terjadi secara spontan. Saya faham sepanjang menjalani PKP tentu ada yang berasa bosan dan tertekan.

“Mereka pasti tidak tahu nak buat apa, selain menghadap IG, Facebook (FB) atau televisyen. Jadi, saya berfikir apa cara yang boleh dilakukan menghiburkan pengikut IG. Saya ajak isteri, Almy Nadia buat video pesanan dalam loghat Pahang,” kata Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian, Anugerah Skrin (ASK) 2019 itu.

Katanya, dia tidak menyangka video berkenaan mendapat sambutan baik hingga dikongsi pengikut IG yang lain.

“Saya tak banyak dapat membantu dalam tempoh PKP. Ini sahaja sumbangan dilakukan untuk rakyat Malaysia dan negara. Apatah lagi, beberapa kawasan sekitar Pahang diisytiharkan zon merah seperti Jerantut, Pekan dan Kuantan.

“Oleh kerana tidak boleh ke sana memberikan sokongan moral, jadi saya harap pendekatan menyampaikan mesej ini akan sampai kepada orang Pahang. Saya seronok apabila ada yang berkongsi kembali rakaman video di laman sosial mereka.

“Itu menandakan sedikit sebanyak sumbangan kecil ini berhasil. Saya faham tidak semua mematuhi nasihat saya. Jika ada berdegil dan masih mahu keluar rumah, terpulanglah kepada mereka,” katanya kepada BH Online.

Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin berkata, dia akan terus menghasilkan video hingga tempoh PKP berakhir.

“Hingga kini, saya sudah menyiapkan tiga video pesanan,” katanya.

Pelakon filem Bisikan Syaitan itu terharu apabila usaha kecilnya mendapat pujian masyarakat di negerinya.

“Ada yang berkongsi video pesanan saya dalam laman sosial mereka. Ada juga minta saya terus menghasilkan lebih banyak video sama.

“Saya terharu apabila ada memuji usaha ini. Mereka kata bagus saya buat begini supaya dapat menyedarkan orang ramai. Saya bangga usaha yang dibuat atas inisiatif sendiri membantu menyuntik kesedaran di kalangan masyarakat mengenai bahaya virus COVID-19.

“Saya hanya bantu apa yang termampu. Apa yang penting, niat mengingatkan bahaya virus COVID-19 tercapai. Bukan susah mematuhi arahan kerajaan supaya duduk di rumah. Lebih ramai keluar, rantaian virus ini tidak akan terputus.

“Jadi, kita tak perlulah menyusahkan petugas barisan hadapan. Kasihan doktor, jururawat, polis, askar dan kakitangan hospital. Tolonglah, jangan ambil mudah mengenai virus, ia bukan boleh main-main seperti gigitan nyamuk.

“Beringat, jangan menyesal pada kemudian hari. Apabila kerajaan perint4h duduk rumah, ikut sahaja kerana tak susah pun. Isi masa terluang dengan melakukan perkara yang disukai. Apabila virus berakhir, keluarlah sepuas hati,” kata Fizz.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply