Zulin bantu peniaga makanan terjejas

 

KUALA LUMPUR: Bagaikan serampang dua mata, Zulin Aziz, 31, tidak hanya menghiburkan pengikut laman Instagram (IG) menerusi video suntingan mencuit hati, malah mencari s4ham akhirat dengan membantu keluarga susah dan peniaga makanan.

Menerusi program sumbangan makanan, Zulin menghulurkan makanan kepada keluarga susah yang terpilih sekitar Selangor, Kelantan, Perak dan Pahang dengan menggunakan khidmat peniaga makanan,

Menerusi entri IG, Zulin berkongsi gambar dan video makanan yang disumbangkan, sejak beberapa hari lalu.

Zulin berkata, dia mahu membantu peniaga makanan yang terjejas kerana tidak boleh beroperasi berikutan penularan virus COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setakat ini, saya sudah lakukan program sumbang makanan ke beberapa negeri. Kita tahu ramai terkesan ketika tempoh PKP ini, jadi saya membantu setakat termampu.

“Ada yang berniaga makanan, tetapi tidak boleh beroperasi di kedai. Jadi, saya bantu membeli makanan dijual. Saya cari peniaga di setiap negeri.

“Dalam masa yang sama, saya minta peniaga berkenaan menyumbangkan juga makanan yang dijual kepada keluarga memerlukan. Jadi, peniaga dan penerima sumbangan dapat rezeki,” katanya kepada BH Online.

Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, misi sumbangan makanan tidak dilakukan setiap hari.

“Saya membantu mempromosi makanan yang dijual dengan membelinya. Peniaga boleh menyumbang makanan keluarga susah.

“Jika peniaga kenal keluarga memerlukan, saya menyerahkan kepada mereka memberikan sumbangan makanan berkenaan.

“Peminat juga ada memberikan maklumat keluarga susah di lokasi negeri yang dihantar makanan.

“Jadi, saya dapat membantu keluarga berkenaan,” katanya.

Pelakon drama Misiku Kuza dan Cik Cinderella dan Encik Tengku itu berkata, dia menyediakan satu set makanan untuk enam orang makan.

“Saya manfaatkan laman sosial untuk kebaikan bersama. Saya percaya, setiap kita ada peranan tersendiri,” katanya.

Zulin juga menggunakan pengaruh laman sosial menyampaikan mesej berguna dengan cara lawak dan santai.

“Saya suka berlawak, jadi tidak salah menyuntik elemen lawak dalam menyampaikan mesej. Dalam berhibur, ada maksud tersirat yang ingin disampaikan.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan kaedah penyampaian yang ‘catchy’ bagi memastikan rakyat Malaysia mematuhi arahan pada ketika negara berdepan penularan virus COVID-19.

Pelakon, pelawak, pengacara dan penyanyi berusia 31 tahun itu percaya, nasihat secara humor mudah disampaikan, selain dapat mendekatkan diri dengan masyarakat.

“Video suntingan yang dibuat bersama pelakon Bollywood seperti Shah Rukh Khan turut diselitkan dengan isu semasa. Begitu juga apabila saya membawakan karakter bercakap loghat utara.

“Saya tidak melihat cara ini menjadi kesalahan, asalkan menjaga sensitiviti dalam berlawak. Pesanan lebih ringan dan santai mudah diterima,” katanya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply