Anju terkejut lihat jumlah sumbangan diberi Man Raja Lawak

Seperti yang diketahui ramai, pelawak terkenal Man Raja Lawak antara selebriti yang turut menghulurkan bantuan buat yang memerlukan dan tindakannya itu mendapat perhatian ramai sekali gus membuatkan mereka memujinya apatah lagi jumlah sumbangan diberikan olehnya juga bukan sedikit.

Pun begitu, jika sebelum ini Man Raja Lawak mengagihkan sebahagian wang kemenangannya sebagai juara dalam rancangan Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) yang difahamkan sebanyak RM 50,000 kepada individu yang memerlukan.

Walau bagaimanapun, pendedahan pelakon Zarina Anjoulie atau lebih sinonim dengan panggilan Anju ini membuatkan ramai kagum dengan sikap pelawak ini.

Ini kerana, Anju mendedahkan bahawa pelawak ini telah memberikan sumbangan kepadanya dimana semua sedia maklum Anju merupakan seorang yang dikenali aktif mengagihkan sumbangan.

Namun begitu, lebih mengejutkan ujar Anju dia sendiri terbeliak mata melihat jumlah disumbangkan oleh Man Raja Lawak dimana tambahnya lagi ia mampu membantu 40 keluarga.

Sumbangan diberi Man Raja Lawak buat Anju terkejut

Anju walau bagaimanapun menerusi perkongsian berkenaan mengajak pengikut dilaman Instagram miliknya ‘spam’ pelawak itu dengan mengucapkan terima kasih kepadanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@manrajalawak HIDUP MALAYSIA ! Allahuakhbar!! Over ke Aku ? ?

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

“@manrajalawak Hidup Malaysia! Allahuakhbar!! Over ke aku?…” katanya yang turut ‘tag’ laman Instagram milik pelawak itu.

Menjenguk pula kelaman Instagram Man Raja Lawak berkenaan, ternyata ramai yang mahu menyokong pelawak ini dan menerusi posting mengenai YouTube channel dilakukan olehnya juga membuatkan ramai mulai menjadi pengikutnya dan mendoakan yang terbaik buat pelawak ini.

 

Reaksi ramai

 

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie, Man Raja Lawak via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply