“Bukti runner kita bukan biashe-biashe” – Abang Rider Main Piano Seround Dua Sementara Tunggu Customer

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni, antara perkhidmatan yang amat diperlukan oleh orang kebanyakan adalah delivery service — atau yang selalu kita sebut runner, abang rider dan macam-macam lagilah.

Mereka inilah yang hantarkan makanan, pastikan barangan yang kita beli dalam talian sampai ke tangan tuannya dengan selamat dan bermacam service tambahan lain yang dibuat untuk memudahkan kerja kita semua.

Dulu pernah juga kecoh sekejap kan, bila ada segelintir yang pandang rendah kerjaya sebagai rider — mereka ini distereotype sebagai orang yang tak berkelulusan tinggi dan sebagainya.

Tapi tak adil kita wujudkan stigma macam tu, sebab kita tak kenal background setiap daripada mereka. Mereka ni sebenarnya ada je yang berkelulusan ijazah, handal itu ini dan talented dalam bidang yang tak kita sangka-sangka.

Buktinya?

Hebat tak hebat penangan video ni, sampai dapat 37k retweet okay! Netizen pun bagi respond positive, bukti abang rider kita ni bukan biasa-biasa.

Paling best, tuan punya badan pun ikut sama reply tweet netizen. Ni la orang yang main piano tu guys

Ala, okay la tu tahu main. Ada orang hanya tahu tengok je. So guys, kalau korang nak belajar main piano, mungkin bolehlah dapatkan sikit tunjuk ajar daripada brader ni okay.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply