
Mungkin kerana barisan juri tetapnya yang terdiri daripada Jihan Muse, Mark Adam dan Yusry membuatkan suasana studio cukup meriah. Malah dengan gelagat pengacaranya iaitu Sean Lee dan Shuk Sahar, m4kin havoc rancangan ini saban minggu.
Buat yang tidak pernah mengikuti rancangan ini, ia berkonsepkan muzik misteri yang mana artis jemputan diminta untuk meneka penyanyi atau penyamar. Pelbagai klu disediakan sebelum artis diminta untuk menyingkirkan peserta yang disangkakan penyamar. Artis jemputan akan mendapat bantuan dari barisan penyiasat.
Namun barisan penyiasat juga tidak tahu yang mana penyamar dan penyanyi misteri. Memang benar-benar misteri rancangan ini! Biarpun begitu, Shila Amzah di ICSYVM kali ini nampaknya berjaya memilih penyanyi di penghujung rancangan.
Nyanyian duet Shila Amzah bersama penyanyi ini diakhir ICSYVM kali ini membuatkan ramai puas mendengarkannya!
Rata-rata netizen memuji persembahan Shila Amzah di ICSYVM bersama penyanyi ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Omggg gempak lah duet kali ni. Berbunga-bunga hati I huhuhu”
“Dia baru sebut ‘ada’ je dah sedap weh..Lepastu selalunya penonton akan sorak time penyanyi punya part high note je..”
“Terbaik daripada yang terbaik”
Sumber: Instagram TV3
Via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply