“mung ni meme nk keno napa..” – Trend m4rah, Ameera Khan ‘selamba’ cakap loghat Kelantan

Personaliti media sosial, Ameera Khan yang juga sinonim dengan panggilan Little Miss Khan sering saja menjadi perhatian ramai terutama menerusi laman sosial Instagram miliknya yang kini sudah mencecah lebih 1.1 juta followers.

Selain berkongsikan foto-foto kepada pengikut, Ameera Khan turut tidak ketinggalan untuk mencuba trend marah yang kini menjadi pilihan ramai untuk menghilangkan rasa kebosanan mereka di musim kuarantin ini.

 

Seperti yang semua ketahui trend ini untuk menunjukkan cara mereka selepas diganggu atau bergurau senda yang pada mulanya ditegur cara lembut dan seterusnya mereka menggunakan bahasa yang lebih direct untuk menunjukkan kejengkelan terhadap mereka yang henti mengacau.

Trend ini sering dilakukan bersama pasangan sama ada rakan mahupun seseorang yang dekat danlebih mencuit hati ramai dengan trend marah ini apabila mereka memarahi pasangan itu dalam bahasa loghat negeri masing-masing.

Jika sebelum ini, Aeril Zafrel mencuit hati ramai apabila dia turut melakukan trend marah berkenaan dengan menggunakan kreativitinya.

 

Trend marah dilakukan oleh Ameera Khan ini pula dapat diperhatikan dia menggunakan loghat negeri Kelantan dan gelagatnya itu meraih perhatian peminat dan pengikut.

“Babe seriously stop…”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

babe seriously stop @youngandglow_hq 1989

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan) on

Selain videonya yang dimuat naik kelmarin itu mendapat 300,000 tontonan, diruangan komen juga ternyata lebih seribu maklum balas lucu yang turut memujinya ditinggalkan kepada adik kepada Neelofa ini.

Dalam pada yang sama, Neelofa juga turut gelak besar dan meninggalkan komen dalam loghat negeri mereka.

Trend marah Ameera Khan terima pelbagai komen

 

Sumber: Instagram Ameera Khan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply