“Azil setiap pagi rutinnya adalah pergi ke kedai membeli surat khabar” – Zarina Zainuddin kongsi cabaran menguruskan anaknya sepanjang PKP

Pelakon senior, Zarina Zainuddin memiliki dua anak yang menghidap autisme yang kurang faham situasi sekarang apatah lagi arahan duduk di rumah, Zarina Zainuddin mengaku kehidupan harian sangat mencabar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan

Mengaku tidak mudah mengawal Muhammad Razail Azrai yang disapa Azil dan Muhammad Razal Azrai (Azal), berusia 24 tahun, Zarina memastikan anak kembarnya sentiasa melakukan aktiviti berfaedah bagi mengisi masa.

Zarina turut menceritakan pengalaman kepada Berita Harian bahawa dia sepatutnya ke hospital untuk mengambil ubat kepada anaknya.

“Pagi semalam, saya perlu ke hospital mengambil ubat untuk mereka. Kalau tak pergi, tidak boleh sebab ubat itu penting. Iyalah, mereka bukan faham kita tak boleh sentuh apa sahaja sekarang. Di sana, mereka berlari, jadi saya perlu mengejar.

“Kemudian mereka bergaduh sehingga mulut Azil berdarah. Sekarang hendak makan rasa pedih. Begitulah cabaran saya setiap hari, apatah lagi ketika PKP,”

Zarina juga turut berkongsi bahawa anak-anak istimewanya tidak faham tentang keadaan semasa yang sepatutnya berada di rumah sepajang Perintah Kawalan Pergerakan.

“Misalnya, Azil, setiap pagi, rutinnya adalah pergi ke kedai membeli surat khabar.

“Jadi, saya perlu keluar setiap pagi membawa Azil. Tetapi kami pergi ke kedai berdekatan sahaja,” katanya.

Tidak mahu melihat anak kembarnya mencederakan diri masing-masing, Zarina melakukan pelbagai aktiviti agar mereka tidak bosan di rumah seperti sesi menggunting rambut.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saya tak pandai gunting rambut tapi azil dah rimas rambut panjang jadi saya gunting jugaklah rambut azil arini #stayathome #covid19

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Tabah berdepan karenah anak-anak, Zarina memohon orang ramai mematuhi arahan kerajaan agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan segera dan kehidupan biasa diteruskan.

Foto : Instagram Zarina Zainuddin

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply