“Muzik Merapatkan Hbungan Kami Sepanjang PKP” Bapa Bersama Anak-Anak Bermain Permainan Tradisional

Sudah lebih sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu memberi pelbagai kesan kepada aktiviti harian masyarakat yang terpaksa duduk di rumah.

Berbeza untuk keluarga Mohd Khairi Abd Rani, 40, kesempatan itu diisi dengan melakukan aktiviti berfaedah bersama anak-anaknya dengan bermain alat muzik tradisional.

Telah tular di media sosial videonya bersama empat anaknya bermain muzik tradisional dengan alat masing-masing. Lebih menarik perhatian apabila anak bongsunya yang berusia dua tahun turut terjebak dengan permainan muzik tradisoonal ini.

Katanya, sepanjang PKP hubungan dia bersama anak-anak semakin rapat apabila disatukan dengan muzik berkenaan.

“Tiga anak saya, iaitu (Nur Kaseh) Danisya, 10, dan (Muhammad Khairil) Daim, 8, dan (Nur Kaseh) Damia, 5, memang saya latih mereka bermain alat muzik ini sejak berusia dua tahun.

“Tapi yang bongsu, (Nur Kaseh) Dahlia lain sikit, dia sendiri yang memegang pemukul gong dan mahu menyertai kakak dan abangnya bermain alat muzik ini, saya tak perlu ajar Dahlia kerana dia dapat mengikut tempo dengan lagu yang dimainkan.

“Cuma masa main, Dahlia tak akan melepaskan puting kosong di mulutnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang, Hutan Kampung di sini.

“Danisya pula boleh main gendang anak, gong dan tamburin, manakala Damia dan Dahlia boleh bermain gong dan tamburin.

“Cuma Damia dan Dahlia ini selalu berebut hendak main gong, selalunya Damia akan mengalah dengan Dahlia,” katanya yang merupakan ahli Pegendangan Silat dan Muzik Asli Hutan Kampung.

Khairi berkata, dia sangat gembira apabila anak-anaknya mengikut jejak langkah meminati permainan muzik tradisional yang kini semakin tenggelam ditelan zaman.

Sumber: FB Khairi rani, BH

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply