‘Ya Allah Jumpa Ustaz Lew Dekat Laut’ Pakcik Bersyukur Dapat Sedikit Duit Belanja Dah Boleh Balik Rumah

Usaha penceramah dan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada semua meruntun hati netizen

Menerusi satu video dimuat naik di Facebook rasminya, Ebit dilihat sedang mengagihkan sedikit bekalan dan belanja di kg asli sg dua, Pulau Ketam dan nelayan-nelayan

“Sebak hari ini dapat membantu menghantar sedikit bekalan dan belanja di kg asli sg dua, Pulau Ketam dan nelayan-nelayan. Seyu melihat hidup mereka. Rumah jalan atas titi. Rumah atas air. Beri dari rumah ke rumah. Dan dapat juga memberi sedikit hadiah kepada bot-bot kecil yang mencari ikan. Muka macam ayah-ayah kita

“Ada pakcik tu syukur dah dapat sedikit duit belanja ni dah boleh balik rumah lah. Ya Allah jumpa ustaz dekat laut. Ada orang asli duduk atas titi jer. Tutup pakai kanvas jer. Katanya banyak nyamuk musim sekarang. Tidur alas kayu jer. Mandi dekat sebelah. Takde rupa rumah atau pondok pun bukan. Mereka tengah bina surau. Takde rupa surau pun. Aduh tak sangka macam ni pun ada dekat jer dengan kita. Tapi walau begitu mereka semua senyum jer dan semuanya pemalu baik-baik.. Ada anak ramai. Ada juga tinggal sendiri.

“Syukur atas permintaan bantuan penduduk setempat. Polis Gerakan Marin membantu dari mula sampai habis bersama OCS Pulau Ketam. Dalam bot dengar kisah hidup mereka sebak. Ramai polis marin bertugas tak balik lebih sebulan. Menjaga perairan negara. Sakit anak isteri kawan-kawan lain bantu. Sedih dengar. Jika bulan puasa kadang buka puasa tepi pokok paya bakau jer. Berhenti tepi perairan jer. Berhari-hari tu biasa. Seminggu dua. Puasa macam biasa. Kadang polis marin berbuka dengan nelayan jer.

“Allahuakbar. Musim covid 19 ini mereka benar-benar mengawal tiada cluster baru dari mana-mana sebab tu kerja mereka makin berat. Semua dikawal ketat demi negara dan covid 19 ini cepat hilang. Hanya Allah membalas setiap pengorbanan polis marin ini. Terima kaseh semua yang berjuang dilautan sana.

“Mereka selalu membantu nelayan jika bot rosak dan habis minyak. Abang polis tadi menangis cerita kesusahan nelayan dan juga kawan mereka yang kerja jauh

“Rindu ustaz, suasana sebelum covid 19. Rindu semuanya. Saya pun sama abang rindu kenikmatan hidup sebelum ini. Terima kasih Allah atas nikmatMu selama ini. Terima kaseh frontliner Malaysia abang polis marin.

“Syukur dapat membantu di kg asli di perairan dan berjumpa nelayan-nelayan

“Saudaraku disebalik ujian ada rahmat

 

Sementara itu pada anda yang mahu menghulurkan bantuan di bawah pengendalian ustaz Ebit ini boleh lihat maklumat yang disediakan

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Sumber FB Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply