Ketiadaan Aliff Syukri, Ammar Jadi Ketua Keluarga

Mempunyai anak-anak yang ramai bukanlah satu perkara yang mudah bagi ibu bapa untuk menjaga dan memelihara mereka dari sekecil-kecil bayi sehingga dewasa. Namun tidak dinafikan anak-anak merupakan rezeki yang diberi oleh Allah yang tiada nilainya. Melihat anak-anak ini membesar depan mata bagaikan satu keajaiban yang tidak boleh ditukar ganti.

Bagi Datin Shahida, beliau begitu sukakan kanak-kanak, walaupun diusia yang masih muda beliau sudah mempunyai enam orang anak termasuk seorang anak angkat. Itu adalah penyeri rumahnya. Anak Datin yang sulung Ammar Ahyan jika kita lihat mempunyai personaliti yang sedikit berbeza. Mungkin kerana sudah dewasa dan mempunyai adik yang ramai, Ammar nampak sangat bertanggungjawab.

Melalui satu video yang dimuat naik oleh Datin, Ammar dilihat memberikan sedikit Tazkirah selepas habis menunaikan solat. Ammar menceritakan tentang nabi-nabi. Nampak semangat betul Ammar walaupun ada g4ngguan Yusuff dan Ameena ye.

Ammar dah besar…. dah boleh cerita bab nabi2 dgn adik bagi tazkirah hari ni…hilang konsentrasi dgn dikacau ameena dan yusoff..tapi dia tetap semangat. mama tak berapa faham pun acah2 faham je la,

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ammar dah besar…. dah boleh cerita bab nabi2 dgn adik bagi tazkirah hari ni…hilang konsentrasi dgn dikacau ameena dan yusoff..tapi dia tetap semangat ❤️❤️mama x berapa faham pun acah2 faham je la

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Perkongsian yang dimuat naik oleh Datin mendapat pelbagai reaksi dari para pengikutnya di Instagram. Rata-rata teruja melihat keperibadian Ammar yang menunjukkan contoh yang baik buat adik-adik

Alhamdulillah.. Sejuk perut ibu akak @shahidadherbs Mengandungkan Ammar

alhamdulillah bagus ammar.. moga jd anak yg soleh, yang boleh membimbing & menjaga adik2 nya nanti.

Datin… senonoknya tengok… doakan Ammar sy dapat jadi macam Ammar datin jugak satu hari nanti.. tunjuk contoh yang baik pd adiknya.

Alhamdulillah, Ammar dah matang, boleh bimbing adik2 dia. Semoga Datin sekeluarga sentiasa diberkati Allah.

Meenaa tu.. hahaha telekungnya ke belakang pun cuteee.. ucopp omeiiii.

Masyaa Allah Tabaarokallah…mudah2n Ammar menjadi anak sholeh, pintar cara penyampaian ceritanya seperti sda biasa bercerita didepan orang banyak..

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tengok mcm ni …. ramai dah anak2 saya ni…kurang sorang sebab dah tidur!! besar2 dah pula tu nak sama tinggi❤️❤️ . Harta dunia Dan Akhirat #kitajagakita

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Seronok bila tengok keluar besar yang sebegini. Anak yang dah besar mengambil tanggungjawab sama-sama mendidik adik bukan sahaja dalam kehidupan seharian malah dari segi rohani. Kami doakan keluarga ini akan terus bahagia.

Sumber : Mehbaca

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply