Ada Ustaz, Alim Ulamak Dalam Group Kutvk Dia Beramai-Ramai” – Ustaz Ebit Lew

 

Umum sedia maklum keadaan negara kita yang dilanda w4bak Cov1id-19 semakin hari semakin memb1imbangkan. Para frontliners yang berhempas-pulas setipa hari memang sangat kurang rehat. Kesian admin tengok.

Memikirkan tentang kepayahan dan kepenatan mereka, pendakwah bebas Ustaz Ebit Liew tampil memberikan sumbangan kepada mereka. Walaubagaimanapun, ada segelintir orang yang kurang senang dengan niat murni beliau

Jika sebelum ini beberapa individu telah memuat naik satu posting berkenaan seorang ustaz selebriti yang dikatakan tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit Lew kerana mendakwa sikapnya yang menunjuk-nunjuk ketika memberikan sumbangan kepada beberapa buah hospital dan pengamal perub4tan. Bahkan ada Ustaz yang mengeluarkan kenyataan har4m berkongsi gambar-gambar dan video orang m1skin

Terbaru, menerusi Facebook Ustaz Ebit, dia tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

Kasihan mereka sangat

Dah malam bila tengok muka isteri dan anak rasa sedih. Sayu dan menangis. Saya kalau boleh langsung tak nak keluar rumah walau selangkah. Saya sangat sayang isteri dan anak-anak saya kerana Allah. Saya benar-benar faham kepentingan kuarantin dan duduk di rumah. Saya hari-hari ceramah pada orang lain dari awal lagi. Itulah sentiasa pesanan saya pada semua orang stay at home.

Setiap malam tengok isteri dan anak-anak dari jauh tak bagi mereka c1ium saya. Sedih rasa. Kita semua sebenarnya sedang benar diuji. Ya Allah padaMu kami mengadu sedih dan susah kami. KepadaMu kami semua berserah. Lepas tengok muka anak tengok email dan mesej setiap hari ada surat rasmi atau mesej dari hospital. Keperluan di hospital yang teramat penting kerana ini melibatkan keselamatan mereka.

Perkataan lain mereka merisi1kokan ny4wa mereka untuk orang lain. Tengoklah berapa ramai Doktor, Petugas Frontline, nurse, MA, polis, dan bahagian hadapan lain dan semuanya sekarang positif cov1id 19. Kasihan mereka sangat. Berbaloi ke kerana gaji mereka buat semua itu. Tapi kerana Allah mereka berjuang berkorb4n. Ya Allah selamatkan mereka semua. Itupun ada mulut svmbang cakap macam-macam pada mereka. Sedih. Saya sayang mereka semua.

Kawan rapat meni1nggal sebab Covi1d-19

Begitu juga dari awal dah berapa orang kawan rapat saya kenal men1inggal dalam covi1d ini. Semoga Allah beri pahala sy4hid buat mereka. Cov1id ini telah memisahkan kita secara zahir. Janganlah ia memisahkan dan menjauhkan hati kita. Semoga Allah rapatkan hati kita semua. Sedihkan isteri tak dapat tengok suami dari mula sampai tanah kbbur. Begitu juga ibu bapa keluarga.

Sedih. Ramai kawan saya di icu masih bergantung pern4fasan. Cikgu-cikgu saya yang ajar saya masa kecil di kaurantin di hospital. Setiap pagi saya melangkah keluar rumah rasa takut sangat. Saya ke sana sini. Saya ada surat polis dan hospital. Surat kebenaran semuanya. Saya niat semua ini menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Kita semua menjadi sebuah keluarga.

Semua staf pejabat dan 3 restoran saya 53 orang semuanya cuti. 53 orang staf saya yang amat saya sayangi. Terima kasih bekerja dengan saya selama ini. Saya sayang mereka. Saya nak suruh sesiapa hantar bekalan waktu cov1id untuk kerja ini saya tak berani. Saya sayang mereka. Mereka cuti semuanya. Setakat ini bayar semua gaji mereka insyaAllah. Biarlah saya sendiri yang buat semua ini dan beberapa sukarelawan lain sebagai kawan bukan staf. Semoga Allah lindung saya dan kamu semua dari cov1id 19 ini.

“Ramai ustaz kutvk saya di belakang, Saya tak k4cau pun hidup dia’

Kalau ada pahala untuk sabar ni, saya hadiahkan untuk mak saya. Saya selalu tengok orang kutuk saya kat belakang. Ada group2 Ustaz,  alim ulamak dalam group kutvk saya ramai-ramai.

Saya tahu semua sekali, saya baca. Saya pun tak nak balas. Saya doa mereka diberi  hidayah. Bila benda macam tu saya baca, cakap saya update status hari-hari.

Saya tak kacau hidup dia, saya tak sebut nama dia, saya tak pernah k3eji dia, saya tak pernah h1ina dia. Satu sen pun saya tak mintak dengan dia, satu apa pun dia orang tak didik saya. Yang didik saya ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu saya. Mereka dah men1inggal dalam kubvr.

Ada seorang bekas guru saya pernah menangis dalam masjid, doa saya tengah malam.Dia nangis doa untuk saya, doa untuk mak saya, doa untuk keluarga saya. Itulah ustaz dan alim ulamak sebenar, nangis untuk orang jah4t, nangis untuk penz1ina, ya Allah jangan marah mereka, beri mereka hidayah .Ya Allah fahamkan mereka, berilah mereka hidayah. Malam dia nangis untuk saya, siang dia tegur. Sikit dia tegur saya. Sekarang  berbeza, banyak ustaz dan alim ulamak mereka keji kita kat belakang. bukan kat belakang sahaja, dekat feacbook dekat instagram. Saya banyak kali pergi masjid kena halau, ustaz-ustaz halau saya. Ramai orang alim ulamak yang belajar jauh jauh, mungkin dia tengok cina mana ni. Mungkin dia penat belajar jauh-jauh.

Tujuan saya selalu berkongsi di sosial media,saya nak anak-anak kita tengok kebaikan. Saya tak nak tengok anak-anak kita sayang orang korea, tak salah tengok korea, tapi saya nak anak-anak kita tengok kebaikan Islam di sosial media. Kita orang Islam kena tunjuk contoh-contoh yang baik. Malam saya nangis, doa Ya allah mereka tak faham ,tak tahu, beri mereka hidayah

Tapi bila ada ustaz mesej saya atau team saya kata apa saya buat ini tak ikhlas dan boleh jatuh H4RAM sebab rakam dan tunjukkan. Siap lepas tu update status dan kata saya di sana sini. Saya tak kisah pun. Tak rasa apa-apa. Dari kecil saya rasa macam ni. Saya tak rasa sedih bila orang cakap-cakap. Tapi ustaz-ustaz terasa juga sebab saya ni baru belajar Islam.

Biasalah manusia ini berbeza pendapat. Tak apa nanti habis cov1id ini saya ni jumpa mereka semua seorang demi seorang. Tunggu yer nanti saya jumpa semua. Saya sayang semua kerana Allah. Sedekah ada 2 jenis sembunyi dan terang-terangan. Dua-dua tetap sedekah. Disebut dalam Al-Quran. Begitu juga hadis. Saya pohon Allah maafkan saya dan sentiasa beri saya keikhlasan. Pohon doakan saya itu sahaja saya dan kita semua harapkan Redha Allah.

Ramai juga alim guru saya beri kata doa dan dengan doa tuan puan. Terima kasih tolong doakan saya. Gembira dakwah ini sampai pada ramai bukan Islam pm saya. Tanya tentang apa itu Islam. Gembira rasa. Kadang dakwah ini dengan kata-kata. Ada masa dengan akhlak. Media ini juga boleh jadi sumber dosa atau pahala.

Saya minta maaf

Duit atau terkenal itu bukan boleh bawa masuk kvbur pun. Entah-entah esok lusa tak ada. Dunia ini pun belum tentu ada. Ada yang lebih besar dari semua itu ialah Redha Allah. Itulah segalanya. Pohon doakan yer. Baru tempah 1 lori 10 tan untuk bantu lebih banyak tempat. Terima kasih ramai juga kawan-kawan yang berkongsi rezeki. Terima kasih semua. Semoga Allah terima semuanya.

VIDEO :

 

 

Saya minta maaf pada pada semua saya banyak buat silap salah atau lukakan hati sesiapa. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya Ebit Lew minta maaf pada semua. Saya salah. Saya tak pandai. Saya cuma cina baru belajar Islam. Saya bukan ustaz atau pendakwah. Saya cuma sayangkan Islam ini dan negara ini lebih dari ny4wa saya sendiri.

‘Saya Lihat Tiada C4cat Celanya Bila Rakam & Videokan’ – Individu Pertahan Ustaz Ebit Lew

Usaha murni Ustaz Ebit Lew menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Rata-rata memuji pendekatan yang diambil namun ada juga yang menegur tindakan ustaz merakam gambar dan video.

Berikutan itu, beberapa individu tampil mempertahankan Ustaz Ebit Lew dan menyokong penuh tindakannya.

‘Apa susahnya anda dengan kebajikan Ustaz Ebit Lew?’

APA SUSAHNYA KITA DENGAN AKTIVITI KEBAJIKAN UST EBIT LEW.

Saya turut menyaksikan aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh Ust Ebit Lew di serata pelusuk tanahair. Saya juga menyaksikan serangan kepada beliau bertubi-tubi dari berbagai arah. Beliau bukan sahaja diser4ng oleh orang awam yang jahi1l malah diser4ng juga oleh ahli-ahli ilmu.

Kepada pihak yang menyer4ng suka saya bertanya kepada anda, “apa susahnya anda dengan aktiviti kebajikan Ust Ebit Lew itu?” Adakah anda s4kit dan merasa ped1ih dengan program beliau? Saya tidak nampak resionalnya serangan anda kepada beliau. Anda pertikaikan keikhlasan beliau kerana setiap program beliau dirakam dan divideokan? Saya ingin bertanya sejak bila anda dilantik oleh Allah menjadi juru semak hati-hati manusia yang beramal samaada ikhlas atau tidak?. Buka kah disana Ulamak berkata

Aku diperintah berhukum dengan apa yang zahir dan urusan Allah lah Yang Mengurus apa yang tersembunyi.

Tiada cac4t cela jika dirakam

Jika aktiviti kebajikan Ust Ebit itu dari kewangan beliau sendiri, maka saya melihat tiada cac4t dan celanya bila beliau rakam dan videokan. Kerana bukankah dengan rakaman itu akan mendorong orang lain untuk turut menderma dan berkebajikan. Ulamak menyatakan ada dua amalan yang boleh dipamirkan kepada khalayak, iaitu infaq dan jihad kerana akan mendorong orang lain mengikutinya. Sebuah hadis dari Abi Masu’d Uqbah bin Amrin Al-Ansory al Adawyyi dimana Nabi s.a.w bersabda;

Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan maka baginya pahala yang sama dengan orang yang melakukannya.

Yang kedua, jika kebajikan yang beliau lakukan itu datang dari sumbangan dan kewangan pihak lain, maka sangat wajar beliau videokan kerana akan lebih menyakinkan para penyumbang dan mengelak daripada fitnah.

Lalu waspadalah dalam memberikan komen dan kritikan. Jangan biarkan perasaan hasad menguasai diri kita.

UMS

Kuantan Pahang.

21. April.2020

Buat anakanda Ebit Lew

Pesanan Tn Guru Maulana Juhari kpd Ustaz Ebit liew :

Buat anakanda Ebit Lew. Semoga Allah sentiasa merahmatimu dan diberikan kekuatan untuk sentiasa istiqomah, teruskanlah perjuanganmu itu membantu ummat kesayangan Rasulullah SAW, alangkah gembiranya baginda bila ummatnya disantuni dan betapa redhonya Allah bila kekasihnya redho.

Sahabat-sahabat dari kalangan ulamak. Tuan-tuan dari kalangan umarak. Teman-teman dari kalangan hartawan. Kenalan-kenalan dari kalangan duaat. Syeikh-syeikh dari kalangan ahli doa dan ibadat. Ini adalah masanya untuk kita berganding bahu bersama wira-wira kita di barisan hadapan, dengan kita semua juga jadi barisan hadapan, natijahnya kita akan kuat dan pertolongan Allah juga akan bersama kita.

Jika kita bukan frontliner, pemimpin, dermawan atau petugas, tapi kita masih hamba Allah yang disuruh untuk betaubat, bermunajat serta bermohon kepadanya, dan itulah bahagian kita sebagai frontliner. Buangkan lah keegoan, kebe3ncian, irihati, dend4m dan tak puas hati terhadap orang lain. Belajarlah untuk menyalahkan diri sendiri bukan hanya mencari kesalahan org lain, dan ambil lah kebaikan orang lain untuk diteladani.

Sifat & perasaan yang sangat mahal

Apa kata Ebit lew bila melihat orang tua lumpvh terbaring dirumah usang “Allah maafkan saya kenapa baru sekarang saya jumpa pakcik, apa saya nak jawab di hadapan Allah nanti..”

Sifat dan perasaan yang sangat mahal, kasih sayang terhadap ummat kerana itu ia ada di dalam hati setiap nabi-nabi. Orang-orang penyayang mereka dikasihi Allah. Bila mana Allah sayang Allah beri hidayat bila Allah sayang Allah beri taufik utk melakukan kebaikan, kelazatan dan kemanisan di dalam ibadat. Barang siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.

Dengan asas ubudiah ia itu tauhid serta keimanaan dan asas ijtimaiah ia itu kasih sayang maka ketika kebanyakan bangsa dan negara sedang runtuh sekarang Atas dua asas ini kita bina kekuatan kita, insyaAllah bantuannya akan bersama kita keberkatannya akan turun pada kita

Ya Allah kau ampunilah d0sa-d0sa kami. Kau terimalah taubat kami. Kasihanilah kami ibu bapa kami anak isteri kami. Ya Allah janganlah kerana d0sa-d0sa kami kau timpakan musibah ke atas keluarga kami dan saudara-saudara kami. Ya Allah terimalah doa kami dan doa-doa saudara kami…

Akhir kata, eloklah la kita renung kembali kata-kata yang sering di ungkapkan oleh Ebit Lew ini

“Kita tidak hidup untuk pujian dan penghormatan orang. Kita hidup untuk Allah Sayang”-Ebit Lew

Sumber : Zaki Wahab , Muhammad Fahmi

Sumber : penakita.pw

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply