“Saya Bukan Anak Mnteri Boleh Jalan Sana Sini,” – Suruh Datang Muar, Syed Saddiq Uslk Sharifah Sakinah

Ahli parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri tumpuan wargamaya apabila menunjukkan bakatnya memasak mi bandung Muar.

Menerusi laman sosial Instagram, Saddiq memuat naik sekeping foto sedang menyediakan hidangan istimewa kawasannya itu untuk tatapan umum. 

“Menyediakan mi bandung muar untuk sukarelawan di kawasan saya. Nak belajar macam mana nak masak?” tulis Saddiq sebagai kapsyen. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Menyediakan Mee Bandung Muar untuk Sukarelawan di kawasan saya. Nak belajar macam mana nak masak? Go check out my FB Page ?

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Apa yang menarik perhatian wargamaya adalah pelakon Sharifah Sakinah yang meninggalkan komen pada foto tersebut. 

“Nak,”

Komennya ringkas merujuk kepada hidangan yang disediakan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan itu. 

Saddiq juga tidak ketinggalan apabila turut membalas komen Sakinah. 

“Datang Muar dulu,” tulis Saddiq. 

 

Membalas pelawaan Saddiq, Sakinah kemudian memberikan jawapan padu. 

“Saya bukan anak menteri boleh jalan sana sini,” tulis Sakinah lagi. 

Perbualan comel di antara mereka itu menarik perhatian ramai apabila yang turut sama mahu merasa masakan air tangan Saddiq. 

“Habis PKP boleh je Kinah datang Muar belajar masak dengan YB,” usik seorang wargamaya.

“Haha kau punya reply kak, tersedak anak menteri baca,” tulis seorang wargamaya.

“Kinah ni tak habis-habis menyindir,” tulis seorang wargamaya. 

“Haha win Kinah!” puji seorang wargamaya.

 

Sehingga kini, foto masakan itu telah menerima hampir 60,000 tanda suka daripada wargamaya. 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply