“Seronoknya mereka dapat terawih sama-sama” – Kluster Pelajar Temboro Berjaya Dirikan Solat Terawih Berjemaah, N3tizen Terh4ru

Bagi mereka yang beragama islam, pasti akan merasakan Ramadan pada tahun ini merupakan lain daripada yang lain. Sebelum ini ‘kemeriahan’ dapat dirasai pada bulan Ramadan tapi tahun ini ianya berbeza.

Semalam seperti yang diketahui, ibadah solat sunat terawih sudah pun bermula. Kita dapat lihat di media sosial ramai yang membuat posting mereka bersama keluarga sedang terawih.

Hal ini tidak terlepas bagi sekumpulan anak muda daripada kluster pelajar yang dilaporkan pulang dari Temboro, Indonesia baru-baru ini yang sedang menjalani tempoh kuarantin.

Perkara ini dikongsikan menerusi video di Facebook , Abu Khaleef tentang kluster pelajar Temporo ini berpeluang menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di wad kuarantin pada malam semalam.

 

Dia mengharapkan, melalui perkongsian ini dapat melihat kadar sembuh yang tinggi pada bulan Ramadan ini.

Dikhabarkan sikap positif mereka ini telah membuat seorang jururawat non-muslim mengucapkan dua kalimah syahadah.

 

Perkongsian video solat terawih ini telah mengundang rasa sebak pada netizen.

Ada yang rasa ‘sejuk’ hati apabila melihat anak-anak muda ini berpeluang mendirikan solat sunat terawih secara berjemaah di sana.

 

Sejuk je hati..

 

Semoga diberikan syifa untuk anak-anak ini..

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply