[VIDEO] “Tak Ada Momen Berbuka, Rindu Ramadan Sebelumnya” – Dian Satrowardoyo

Pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo mengakui Ramadan kali ini agak berbeza disebabkan penularan w4bak COVID-19.

Dian menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya meluahkan isi hatinya mengenai perkara itu.

Menurut Dian, dia juga sama seperti orang lain yang cukup merindui kemeriahan suasana Ramadan tahun-tahun sebelumnya.

“Ramadan kali ni nampaknya banyak yang berubah, tidak akan ada waktu berbuka bersama atau momen-momen silaturrahim ke rumah jiran tertangga. Apa lagi perayaan-perayaan meriah, jadi sunggh rindu dengan Ramadan-ramadan yang sebelumnya,” ujarnya.

Bagaimanapun Dian mengambil situasi yang berlaku ini dari sudut positif dan percaya ada hikmah disebaliknya.

“Tapi kalau difikirkan mungkin semuanya hanya permainan perspektif belaka. Mungkin jangan-jangan tidak ada yang berubah pun sebenarnya.

“Cuma yang membezakan adalah jarak, kalau nak berbuka dengan keluarga besar sebenarnya boleh sahaja dengan menggunakan video call. Kalau baju raya pula boleh beli secara online.

“Pada akhirnya mungkin hikmah disebalik semua ini adalah bagaimana kita sentiasa mensyukuri hal-hal yang kecil yang kita boleh lakukan untuk merayakan Ramadan dirumah,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply