“Adik suap coklat, puasa Awish batal” – Norman Hakim k0ngsi kisah lucu anaknya

 

KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim berkongsi kisah lucu anak lelakinya, Muhammad Darwisz Hakim atau mesra disapa Awish, yang kali pertama belajar berpuasa, semalam.

Norman atau nama sebenar, Mohamed Nurhakim Zaidon memberitahu, gara-gara perbuatan nakal si adik, Darwisz yang berusia tujuh tahun, tidak dapat menyempurnakan ibadat itu.

“Awish sudah berusia tujuh tahun. Pada usia itu, dia kena belajar berpuasa. Jadi, semalam adalah hari pertama Awish berpuasa.

“Memandangkan itu percubaan pertamanya, pastinya cabaran sangat besar untuk kanak-kanak seperti Awish.

“Lebih-lebih lagi selepas dia melihat dua adiknya makan di depan mata. Bagi memastikan semangatnya kuat, saya jelaskan kepada Awish kelebihan orang yang berpuasa seperti Allah sayang kepadanya.

“Namun, kemudian berlaku sesuatu yang lucu apabila saya dapati ada coklat pada mulut Awish. Apabila ditanya, dengan rasa bersalah, dia beritahu terpaksa makan kerana adik yang menyuapkan coklat itu ke mulutnya,” katanya kepada BH Online.

Menyesal dengan perbuatan itu, Norman memberitahu, Awish berjanji menyempurnakan ibadat puasa seperti diharapkan.

“Sebelum ini, Awish meminta saya membelikan permainan sebagai ganjaran jika dapat berpuasa sebulan. Disebabkan dia gagal semalam, rasanya tidak dapatlah dia hadiah yang dimahukan,” kata pelakon berusia 44 tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Norman yang membintangi filem Pasrah, meluahkan rasa bimbang kerana tidak dapat menghantar bekalan ubat kepada bapa di Kuantan, Pahang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selalunya, seminggu sekali saya balik kampung untuk menghantar ubat kepada bapa. Bagaimanapun, selepas PKP, saya tidak dapat berbuat demikian.

“Kalau hendak menggunakan khidmat pos susah kerana ubat itu adalah insulin yang memerlukan bekas khas dan tidak boleh dibungkus sembarangan.

“Bekalan ubat yang ada sudah tinggal sedikit. Saya tidak menjangka PKP dilanjutkan. Nampaknya, saya terpaksa mencari jalan yang sah bagaimana mahu menghantar ubat itu kepada bapa.

“Jika keadaan memaksa, mungkin saya akan meminta surat pengesahan daripada hospital,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply