Hun Haqeem ulas hubungan rapat dengan Ara Johari, Ini jawapannya

 

PELAKON Hun Haqeem mengakui Ara Johari seorang yang baik dan dia sudah lama menyimpan perasaan suka terhadap penyanyi Itu sebelum dirinya bergelar seorang selebriti lagi.

Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 22 berkata dia dan Ara bagaimanapun tidak mempunyai hubungan istimewa namun hanya sekadar berkawan baik dan persahabatan mereka bermula sejak tahun lalu.

“Kami tidak ada hubungan istimewa pun. Kami memang berkawan baik sahaja. Saya kan pelakon baru tapi saya memang peminat dan suka Ara sebelum saya bergelar artis lagi.

Ara dan Hun ada membuat IG live bersama bulan lalu.

“Dari awal lagi saya sokong semua karya dia. Kebetulan pula, saya dah mula berlakon dia pula minat lakonan saya. Kiranya kami berdua menyedari satu sama lain.

“Tapi kami hanya kawan baik sahaja dan mula mengenali satu sama sejak setahun yang lalu. Ara seorang yang sangat baik dan kami selesa berkawan,” kata Hun kepada mStar.

Pelakon yang mula menjadi perhatian selepas membintangi drama popular Kampung People itu berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung (IG live) bersama mStar pada petang, Jumaat.

Sebelum itu, beberapa orang peminat bertanyakan soalan mengenai hubungan mereka selepas menyedari Ara dan Hun kelihatan rapat ketika membuat IG Live bersama baru-baru ini.

 

Kami hanya kawan baik sahaja dan mula mengenali sejak setahun lalu.

HUN HAQEEM

PELAKON

Bertanyakan mengenai aktiviti dan cabaran sepanjang pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu, Hun memberitahu dia memasak untuk keluarga hampir setiap hari dia.

Selain itu, dia turut meluahkan rasa sedih apabila terpaksa membatalkan hasrat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama peminat.

“Sebenarnya tak ada apa sangat pun yang saya buat sepanjang PKP ini. Saya duduk dengan keluarga dan kadang-kadang ada masa saya masak untuk mereka. Macam-macam juga yang saya masak.

Hun sedih tak dapat berbuka puasa dengan peminat.

“Ada masa masakan saya tak berapa jadi tapi saya cuba adjust ikut citarasa sendiri. Selain itu, ada juga bersenam. Tak banyak pun aktiviti yang boleh dilakukan.

“Perancangan nak buat majlis berbuka puasa bersama peminat terpaksa dibatalkan sebabkan perlaksanaan PKP ini. Tak ada rezeki nak berbuka puasa dengan peminat pada tahun ini. Shooting untuk drama Kampung People Raya pun tak dapat nak diteruskan,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply