‘Topeng muka tak tembus angin’ – Doktor s4ngkal kenyataan us4hawan kosmetik

 

BARU-baru ini, tular sebuah video seorang usahawan kosmetik yang ‘kantoi’ topeng muka yang mahu dijualnya tidak kalis air.

Bagaimanapun, usahawan kosmetik tersebut telah membuat kenyataan memohon maaf dan memberitahu bahawa topeng muka itu hanya percubaan dan bukan untuk dijual.

Namun, seorang pengamal perubatan, Dr Ahmad Zakimi Abdullah menerusi perkongsian di Facebook telah tampil untuk memberitahu bahawa pentingnya memakai topeng muka yang mempunyai tiga lapisan.

Lebih mesra disapa sebagai Dr Zek, beliau menerangkan topeng muka ‘surgical mask 3 ply’ bermakna ia diperbuat daripada tiga lapisan dan setiap lapisan mempunyai fungsinya tersendiri.

“Lapisan luar (outer layer) biasanya lapisan berwarna dan berfungsi sebagai kalis air (hydrophobic).

“Lapisan tengah (middle layer) pula ialah filter yang berfungsi untuk menapis partikel halus.

Perkongsian Dr Zek di Facebook mendapat perhatian netizen.

“Lapisan dalam (inner layer) bertindak sebagai penyerap droplet yang keluar dari mulut dan hidung si pemakai,” ujar Dr Zek.

Tambahnya lagi, sekeping topeng muka mungkin kurang keberkesanannya jika tidak mempunyai tiga lapisan ini.

 

Jika nak sangat berkesan topeng muka tak keluar angin, boleh sahaja pakai beg plastik tapi nanti tak boleh bernafas pula.

DR AHMAD ZAKIMI ABDULLAH

PENGAMAL PERUBATAN

 

“Untuk topeng muka dua lapis, ia mungkin tidak mempunyai lapisan tengah iaitu penapis atau lapisan hydrophobic yang kalis air.

“Ada juga topeng muka DIY yang dibuat sendiri. Persoalannya adakah topeng ini selamat?” jelas Dr Zek yang menyarankan pengguna untuk lebih berhati-hati dalam pembelian topeng muka.

Dr Ahmad Zakimi Abdullah

Dalam pada itu, Dr Zek turut menyelar tindakan usahawan kosmetik tersebut yang menjual topeng muka tidak tembus udara.

“Jika nak sangat berkesan topeng muka tak keluar angin, boleh saja pakai beg plastik tapi nanti tak boleh bernafas pula.

“Topeng muka yang diperbuat daripada kain pasti akan bocor kerana tiada lapisan kalis air,” jelas Dr Zek yang bekerja sebagai Pakar Perubatan Kecemasan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walau bagaimanapun, Dr Zek mengingatkan bahawa pemakaian topeng muka bukanlah dapat melindung diri daripada dijangkiti Covid-19, tetapi hanya langkah berjaga-jaga.

Antara komen netizen.

“Pakai topeng muka tiga lapis sekali pun, ia tidak menjamin keberkesanan 100 peratus.

“Ia hanya disarankan untuk dipakai oleh individu yang bergejala sahaja untuk mengelakkan semburan batuk dan bersin kepada orang lain,” tambahnya lagi.

Posting Dr Zek menerusi laman Facebook peribadinya itu sehinggga kini telah mendapat 608 perkongsian serta 1,500 tanda suka daripada netizen.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply