[VIDEO] Tunjuk bukan r1ak, tapi ajak orang ramai bersedekah

 

SHAH ALAM – Satu forum santai menerusi panggilan video bertajuk Gema Malam Tarawih Khamis lalu menarik perhatian warganet kerana membincangkan hvkum mempamerkan kerja amal dan sedekah yang dilakukan di media sosial.

Forum yang dihoskan pendakwah Ustaz Haslin Baharim itu menampilkan tiga lagi pendakwah terkenal Datuk Mohd Dr Izhar Ariff, Ustaz Abdullah Khairi dan Syamsul Debat.

Kesemua mereka bersetuju bahawa menunjukkan sedekah di media sosial tidak h4ram kerana bertujuan menjadi ikutan masyarakat.

Kata Ustaz Haslin Baharim, “Kita bukanlah hakim atau juri untuk menghvkum seseorang itu sama ada ikhlas ataupun sebaliknya.”

Dr Izhar Arif yakin apabila individu itu membuat kebaikan, bukan bertujuan ri4k tetapi mewujudkan sifat saling tolong-menolong dan mahu mengajak masyarakat melakukan perkara sama.

Ustaz Abdullah Khairi pula berkata, boleh menunjukkan sedekah di media sosial kerana dalam sedekah tersebut terdapat sumbangan daripada orang lain juga.

“Jadi ia sebenarnya dilakukan bagi mengelakkan terjadinya fitn4h dan orang yang menyumbangkan sedekah tersebut turut berasa senang pada masa yang sama,” katanya.

Ustaz Syamsul Debat pula percaya niat mereka yang memberi sumbangan kepada golongan memerlukan adalah baik dan menasihatkan supaya lebih berhati-hati menunjukkan publisiti mereka di media sosial.

“Orang yang menghent4m (ustaz) ni, istilahnya kalau tak boleh menyenangkan orang jangan menyusahkan orang,” kata Ustaz Syamsul Debat.

Sehingga jam 8 malam ini, forum berkenaan ditonton 362,000 pengguna di Facebook Ustaz Haslin.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: sinarharian

Be the first to comment

Leave a Reply