
TIADA kelakuan ganjil pada arw4h tetapi sebelum kehilangannya pada 13 Mac lalu, dia solat agak lama berbeza kebiasaan,” kata Nur Syafiqa Ahmad Alaudin.
Nur Syafiqa, 23, adalah kakak kepada Ahmad Farid, 19, yang may4tnya ditemui orang awam di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara dekat Nilai, pada 12 tengah hari semalam.
m4ngsa yang dipercayai terbabit dalam kemal4ngan gagal dik3san selama 42 hari apabila keluar rumah sejak 10.30 malam 13 Mac lalu sehinggalah may4tnya ditemui, semalam.
Nur Syafiqa dari Taman Desa Idaman, Durian Tunggal, Melaka berkata, ali terakhir dia melihat arw4h pada 8.30 malam 13 Mac lalu.
“Pada malam itu, arw4h ada minta izin daripada ibu dan ayah untuk menemui kawan sekerjanya di Tangkak dan mereka memberi keizinan kepada arw4h.
“Arw4h anak bongsu daripada lima beradik dan dia memberitahu untuk balik ke kampung asal di Bachang, Melaka kerana di sana ramai saudara mara.
“Bagaimanapun, kami tidak menyangka arw4h dikatakan bertukar fikiran dan pergi ke Ampang, Kuala Lumpur untuk meraikan sambutan hari jadi seorang kawan sekolah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Nur Syafiqa yang juga anak keempat dalam keluarga itu berkata, keluarganya menyangka arw4h balik ke kampung mereka di Bachang dan berada dalam keadaan baik.
Menurutnya, pada 16 Mac lalu, ibu mereka ada menghubungi sepupu yang bekerja di tempat sama untuk mendapatkan maklumat lanjut selepas pihak syarikat memaklumkan Ahmad Farid tidak hadir bekerja.
“Kami kemudian menghubungi rakan sekerjanya dari Tangkak yang memaklumkan arw4h tiada di tempat kerja dan dia memberitahu mereka tidak berjumpa pada malam 13 Mac itu seperti dirancang.
“Daripada maklumat itu, kami mendapat tahu arw4h pergi ke Ampang seorang diri dan dimaklumkan arw4h bergerak pulang ke Melaka pada 3.30 pagi hari berkenaan,” katanya.
Nur Syafiqa berkata, pada mulanya, keluarga berusaha mengesan arw4h di Hospital Ampang kerana ketika berita kehilangan arw4h ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp, ramai kenalannya memberitahu arw4h terbabit kemal4ngan.
Menurutnya, kakaknya iaitu Nur Syuhaida turut menghubungi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban bertanyakan kemungkinan ada membuat pengecaman m4ngsa kemal4ngan tanpa identiti, tetapi gagal.
“Kami membuat membuat lapor4n mengenai kehilangan Ahmad Farid di Balai Polis Durian Tunggal pada 16 Mac sebelum ayah membuat lapor4n buat kali kedua di balai sama pada 22 Mac apabila usaha mengesannya tidak berhasil.
“Bagaimanapun misteri kehilangan adik saya akhirnya terjawab apabila anggota Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah pada 4 petang semalam bagi memaklumkan penemuan satu m4yat lelaki di Kilometer 281.8 Plus arah utara dekat Nilai.
“Kemudian ahli keluarga menghubungi Balai Polis Nilai bagi mendapatkan pengesahan dan semua ahli keluarga terutama ayah dan ibu merasa sangat terkejut.
“Ahli keluarga berasa sedih dengan pemergian adik, namun reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.
Menurutnya, arw4h ada meminta keluarganya membeli baju Melayu berwarna putih dan hajatnya itu disempurnakan keluarga serta arw4h sempat menggunakan sekali baju berkenaan.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, may4t m4ngsa yang sudah reput dan tinggal rangka ditemui di dalam longkang di lokasi kejadian.
Beliau berkata, turut ditemui satu beg galas dan terdapat satu beg pinggang warna hitam, bagaimanapun tiada kenderaan ditemui berhampiran dengan tempat kejadian yang boleh dikaitkan dengan m4ngsa.
Sumber Hmetro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply