Dua hari Ebit Lew senyap di media sosial lepas pulang dari bukit aman. Hari ini beliau muatnaik satu lagi keluarga susah di FB

Ujian yang menimpa Ustaz Ebit Lew amat berat sekali. Hanya kerana ingin membantu orang susah beliau dih3rdik dan disel4r dan lebih menyedihkan apabila yang berkata demikian datang dari kalangan ustaz juga.

Pada 22hb April Ebit Lew mengumumkan untuk berhenti membantu orang susah ketika musim PKP dan memohon jangan ‘tag’ nama beliau. Tetapi beliau beritahu akan bantu tetapi tidak secara langsung dan hanya dari segi kewangan sahaja.

2 Hari Senyap Dari Media Sosial

Selama itu lah Ustaz Ebit Lew tidak memaparkan apa apa di akaun media sosialnya samada di Facebook atau Instagram. Hari ini beliau telah memuat naik satu posting dimana beliau membantu sebuah keluarga yang berada di Baling, Kedah.

Kenyataan Penuh Ustaz Ebit Lew Di Facebook

Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal disini. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Tak lepas kereta saya. Kena jalan kaki. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan d0sa diri saya.

Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Tapi tula mesti lambat lagikan ustaz. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh yb dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua.

Bagi saya sehari mereka disini adalah d0sa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.

Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takvt. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.

Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah.

Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka.

Kemungkinan besar Ebit Lew lakukan sumbangan ini sebelum terjadi kontr0versi yang melanda beliau. Kami doakan agar urusan Ustaz Ebit Lew dipermudahkan. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu niat Ustaz Ebit Lew

SUMBER via vanillakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply