Mydin digesa turunkan 50% semua harga barang di semua rangkaian pasarayanya jika benar mahu membantu rakyat

Pemimpin k3satuan sekerja perkhidmatan awam terbesar negara hari ini menolak cadangan seorang ahli perniagaan terkenal supaya penjawat awam berpendapatan lebih RM3,000 sebulan menerima potongan gaji berikutan penurunan hasil kerajaan susulan pandemik C0vid-19.

Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata, ramai penjawat awam adalah termasuk dalam kelompok B40 dan M40 dengan pendapatan purata bersih hanya kira-kira 20% daripada gaji mereka berikutan pelbagai potongan, antaranya pinjaman perumahan dan kereta.

“Rata-rata pendapatan bersih penjawat awam ialah 20% (daripada gaji). Ini untuk kita berbelanja. Jadi ada potongan, ia boleh menjejaskan ruang perbelanjaan penjawat awam,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, perbelanjaan penjawat awam di pasar dan kedai membantu merangsang ekonomi dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Selain itu katanya, penjawat awam terkilan atas cadangan Ameer Ali Mydin, pengarah urusan rangkaian pasar raya besar Mydin, yang merupakan pasar raya terkenal dalam kalangan mereka.

Ameer semalam berkata, hasil kerajaan akan merosot bukan sahaja kerana kejatuhan harga eksport komoditi utama negara seperti minyak dan minyak sawit, tetapi juga penurunan kutipan pelbagai cukai, termasuk cukai barangan dan jualan (SST) berikutan penutupan perniagaan dan berkurangnya perbelanjaan pengguna.

Adnan berkata, walaupun wujud moratorium ke atas pembayaran balik pinjaman bank, wang lebihan itu digunakan oleh penjawat awam bagi menampung peningkatan perbelanjaan rumah tangga berikutan mereka dan keluarga masing-masing kini berada di rumah.

Katanya, daripada 1.6 juta penjawat awam, 1.2 juta merupakan petugas barisan hadapan, termasuk 600,000 anggota polis dan tentera serta kakitangan Kementerian k3sihatan (KKM) atau mereka yang bekerja dari rumah.

Beliau berkata, wakil rakyat juga perlu diberikan gaji penuh kerana mereka bertanggungjawab kepada rakyat dan perlu memainkan peranan yang penting.

Gambar hiasan

“Walaupun kita rasa gaji mereka besar, tetapi sebenarnya tidaklah besar. Mereka sangat rapat dengan rakyat dan kadang-kadang mereka guna duit sendiri untuk membantu rakyat.

“Kita tidak dapat nafikan peranan Adun dan ahli Parlimen apabila masalah rakyat diajukan, mereka memang membantu. Peranan besar, cuma kadang-kadang kita tak nampak.”

Sementara itu netizen rata-rata membantah gesaan yang dibuat oleh Ameer Ali Mydin sebaliknya menggesa individu yang cenderung kepada Pakatan Harapan itu berkorbanlah untuk negara dan rakyat dengan memotong setiap harga barangan di Mydin antara 40 hingga 50 peratus dari harga biasa.

“Dari mintak kerajaan potong gaji penjawat awam, apakata Ameer Ali Mydin potong harga barang di Mydin antara 40-50%? Itupun cara bantu negara juga.” komen Nabeel Naqie.

Hanya dengan cara itulah beliau baharu dikatakan membantu meringankan beban rakyat yang terk3san dengan penularan waabak C0ovid-19. Bukan dengan cadangan memotong gaji kakitangan kerajaan yang sudah pun tertekan dengan kenaikan harga barang dan ditambah lagi dengan penularan waabak ini.

Sumber : FMT

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply