
Penyanyi Harris Baba mended4hkan dia bukannya mahu meninggalkan dunia muzik secara keseluruhan.
Mempunyai perancangan lain buat masa ini, Harris mahu memberikan fokus terhadap bisnes dan mempunyai impian untuk terus membabitkan diri dalam bidang muzik di masa akan datang.
Mengakui berlakunya salah faham mengenai kenyataannya sebelum ini, Harris menjelaskan perkara terbabit menerusi sebuah temu bual bersama penyampai radio Anna Aljuffrey di stesen radio GEGAR menerusi segmen Carta Hits GEGAR.
Temu bual terbabit turut di muat naik di laman Instagram GEGAR.
“Sejujurnya, saya bukan mahu berhenti terus. Saya ada perancangan lain dalam dunia muzik tetapi bukan dalam masa terdekat.
“Sekarang saya nak fokus dengan kerja dan keluarga. Saya mengambil perkara ini untuk mengucapkan selamat tinggal untuk sebentar sahaja.
“Sebelum ini, percubaan saya kurang menjadi dengan syarikat lama dan saya juga ada kerja baru di Kota Kinabalu yang saya perlu berikan fokus,” kata Harris.
Tonton vid3o temu bual Harris bersama Anna di bawah:
Ada juga pengikut laman Instagram GEGAR memberi komen yang positif untuk Harris Baba walaupun dia sendiri tidak pernah mengikuti perkembangan Harris.
“that’s good move… bagi peluang utk artis say something from their side of story..”
Jangan lupa dengarkan Carta Hits GEGAR bersama Anna Aljuffrey setiap Jumaat jam 8 hingga 10 malam dan ulangannya pada setiap Sabtu, 10 hingga 12 malam!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Gempak
Leave a Reply