Sikap rider terb0ngkar setelah ‘dijemput’ pada 1 Ramadan, sesudah hantar juadah kepada pelanggan… pesanannya kepada geng runner jadi ingatan!

 

“MEN1NGGAL pada hari Jumaat. Malam pertama Ramadan. Cemburunya rasa.”

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap satu posting yang dimuatnaik oleh seorang pelayar Twitter mengenai kisah pem3rgian sahabatnya yang meninggal dunia pada malam 1 Ramadan lalu.

Posting yang dikongsi oleh seorang pelayar bernama @iniaimanlah itu benar-benar menyentuh hati netizen yang turut sama bersimpati atas berita duka berkenaan.

“Kau dipanggil Allah semasa kau berkhidmat untuk masyarakat. Moga Allah bagi syurga tanpa his4b untuk kau Daniel Dzaqi. Al-fatihah,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Perkongsian itu sehingga kini meraih 16,700 retweet dan 31,000 ‘like’ selain turut dib4njiri dengan ucapan takziah daripada rakan-rakan dan netizen.

Posting Aiman mengenai pem3rgian sahabatnya menjadi tular di Twitter.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ahmad Aimannaim Roslan berkata sahabatnya, Muhammad Daniel Dzaqi Zuraimi meningg4l dunia akibat terbabit dengan kecel4kaan jalan raya ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dipesan pelanggannya.

“Arwh meningg4l dunia akibat dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Kapar, Klang, Selangor. Kem4langan itu berlaku di Padang Jawa lebih kurang selepas waktu Maghrib.

“Saya hanya tahu selepas ternampak tweet daripada seorang rakan yang mengatakan Dzaki meningg4l dunia kerana accident. Bila nampak tweet tu memang tak percaya langsung.

“Tambahan pula arwh baru sahaja kemas kini status di Instagram Story, kira-kira dalam masa sejam sebelum berita kem4langan tersebut. Tanpa buang masa, saya terus hubungi rakan yang tinggal berdekatan dengan rumahnya kerana inginkan kepastian. Dan memang benar berita tersebut,” ujar pemuda yang berasal dari Shah Alam ini.

 

Semua sikap arwh itu terb0ngkar apabila ramai yang berkongsi di laman sosial. Betapa arwh sangat disayangi sampai ramai yang turut terkesan dengan pem3rgiannya

AHMAD AIMANNAIM ROSLAN

RAKAN

Oleh kerana hubungan rapat yang terjalin sejak sekolah menengah, pemuda yang senang disapa sebagai Aiman ini berkata pada malam pem3rgian sahabatnya itu, dia terlalu sedih bercampur terkilan kerana tidak dapat menziarahinya buat kali terakhir.

“Memang sedih sangat sebab tak dapat pergi menziarahinya di hospital dan di rumah. Buat pertama kalinya saya menangis menerima berita kem4tian seorang sahabat yang saya sifatkan sebagai seorang yang sangat baik kepada rakan-rakan dan keluarganya.

“Disebabkan itu saya berkongsi posting di Twitter untuk meluahkan rasa sedih yang terbuku di hati. Beruntungnya arwh, dia dijemput pada malam Jumaat bersamaan 1 Ramadan. Bagi saya, ini rezekinya dan ini adalah tanda-tanda Allah sayang kepada hamba-Nya,” ujar pemuda berusia 25 tahun ini.

Adik kepada Allahyrham Dzaqi memuat naik posting di Twitter milik abangnya baru-baru ini.

Menurut Aiman, walaupun berbeza usia, namun hubungan mereka rapat seperti adik beradik kerana dia bertanggungjawab memimpin kumpulan usrah yang disertai arwh ketika berada di bangku sekolah menengah.

“Hubungan rapat itu terjalin meskipun selepas habis sekolah di mana kami saling berhubung walaupun bukan berjumpa selalu. Selalu juga kami habiskan hujung minggu dengan bermain futsal.

“Dari segi perwatakannya, arwh ni seorang yang baik, ceria, happy go lucky, sangat mengambil berat dan taat kepada ibunya. Saya pernah lihat sikap arwh terhadap ibunya ketika berkunjung ke rumahnya sebelum ini.

Antara komen rakan Allahyrham dan netizen yang mengucapkan takziah di atas pemergiannya.

“Dengan rakan-rakan pula, arwah suka buat lawak dan sangat ambil berat. Menurut cerita rakan-rakan rider di tempat kerjanya, arwh sering berpesan untuk menunggang motosikal dengan cermat setiap kali mereka nak keluar hantar pesanan.

“Semua sikap arwh itu terbongkar apabila ramai yang berkongsi di laman sosial. Betapa arwh sangat disayangi sampai ramai yang turut terkesan dengan pem3rgiannya,” ujar penuntut jurusan Ekonomi di sebuah institusi pengajian tinggi awam ini.

Tambah Aiman, dia tidak menyangka perkongsiannya itu menjadi tular namun bersyukur kerana secara tidak langsung netizen dapat mendoakan untuk sahabatnya itu.

“Dalam masa yang sama, daripada perkongsian rakan-rakan di media sosial, sedikit sebanyak orang di luar sana dapat satu mesej daripada sikap arwh iaitu sentiasa menjaga hubungan sesama manusia.

“Disebabkan tak dapat ziarah, solat jen4zah dan hadiri pengkebvmian arwh, perkara pertama yang mahu dilakukan sebaik sahaja tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelak adalah menzi4rahi pusaranya,” kata Aiman.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply