Netizen Indonesia ‘Ser4ng’ Instagram KKM Gara-Gara Salah Faham Kes Import C0VID-19

Akaun media sosial Kementerian kesihatan Malaysia di Instagram hari ini ‘diser4ng’ netizen Indonesia selepas berlaku salah faham mengenai kenyataan k3s import C0vid-19 dari Indonesia yang dicatatkan di negara ini.

Kenyataan Pengarah k3sihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini mengatakan 70 peratus k3s import C0vid-19 di Malaysia adalah berpunca daripada Indonesia seperti dilaporkan Malaysiakini.

Peratusan itu menurut beliau merujuk kepada 99 orang pesakit yang baru tiba dari Indonesia sejak pelaksanaan kuarantin wajib dijalankan di negara ini.

Netizen di Indonesia bagaimanapun dilihat seperti tersalah faham kenyataan tersebut dan menganggap KKM mengeluarkan kenyataan bahawa 70 peratus k3s k3seluruhan C0vid-19 berasal daripada negara mereka.

Ia dapat dilihat melalui beberapa komen yang ditinggalkan mereka di hantaran yang dibuat pihak KKM di laman Instagram rasmi badan tersebut seperti yang dikongsikan netizen Malaysia.

Nampaknya akaun IG KKM dan Dr Noor Hisham diser4ng teruk oleh warga Indonesia kerana statement k3s kluster import 70%…

Sebagai perbandingan, jumlah komen yang ditinggalkan di hantaran yang dibuat KKM sebelum ini berada dalam lingkungan seratus komen namun sejak ‘diserang’ netizen Indonesia, jumlah itu meningkat sehingga 5,000 komen.

Semakan kami juga mendapati ruangan komen tersebut penuh dengan perdebatan dalam kalangan netizen yang turut mempertahankan kenyataan yang dibuat KP sebelum ini sambil menjelaskan maksud sebenar perkara tersebut kepada netizen Indonesia yang dilihat tersalah faham mengenai perkara itu.

Diharapkan dengan penjelasan yang diberikan netizen Malaysia mengenai perkara ini dapat membuatkan mereka faham mengenai maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan KP k3sihatan kita.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: thecovket

Be the first to comment

Leave a Reply