Connect with us

Hiburan

Negeri pertama buat Larangan Rentas Zon, Isytihar Zon 1 Bestatus merah

Published

on

 

MALAYSIA: Malam tadi merupakan malam pertama larangan rentas zon yang dibuat oleh Polis Sarawak bagi mengawal pergerakan antara Zon 1 dan Zon 2. Larangan ini dikatakan akan bermula secara rasmi pada hari ini iaitu 1 ogos 2020 sehingga 14 ogos 2020.

Ini berikutan peningkatan penularan wab4k cov-19 di beberapa buah daerah di negeri itu. Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dev Kumar berkata penguatkuasaan itu mengikut ketetapan Jawatankuasa Pengurusan Benc4na Negeri Sarawak.

Tambah Dev Kumar, pihak PDRM akan membuat sekatan jalan raya di Simunjan dan Sri Aman bermula tengah malam semalam (31 Julai 2020). Zon 1 berstatus merah dan kuning manakala zon 2 berstatus Hijau.

Menurutnya, Zon 1 adalah bahagian Kuching, Samarahan dan SErian manakala pergerakan antara daerah dalam bahagian ini yang meliputi daerah Kuching, Padawan, Kota Samarahan, Lundu, Bau dan Serian dibenarkan tanpa memerlukan surat kebenaran PDRM.

Manakala pergerakan dari Simunjan ke Sri Aman melalui feri Triso atau melalui Jalan Serian-Sri Aman tidak dibenarkan,” katanya menerusi satu kenyataan di Kuching, hari ini.

Namun begitu pihak PDRM mengatakan bahawa pengecualian akan diberikan kepada mereka yang menjalankan tugasan rasmi dan pekerja perkhidmatan penting. Oleh itu, mereka wajib mendapatkan surat kebenaran polis dengan menunjukkan surat pengesahan dari ketua jabatan dan syarikat masing-masing.

Sarawak kes banyak

Kementerian Kesihatan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kes baru tertinggi sehingga ke hari ini.

Beberapa hari lepas, di Kuching sahaja merekodkan sebanyak 21 kes, Serian 2 kes manakala Samarahan dan Undu satu kes menjadikan positif cov-19 di Sarawak lebih 675 kes sehingga ke hari ini.

Menurut pegawai Kesihatan, saringan kontak kepada kluster yang masih aktif mencatat jumlah terbesar pada 28 Julai lalu dengan 15 orang. Kluster hospital di Sarawak juga antara kluster terbesar hari ini. Kluster Sentosa dengan 30 kes sehingga 28 julai lalu.

Pada hari semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan memaklumkan bahawa daripada jumlah positif semalam 5 individu adalah bukan warganegara.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : https://wow.rentasasia.com/ via MM

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending