Connect with us

Hiburan

“Dulu brtepvk t4mpar tu biasa” – Zila Bakarin mahu jadi muslimah yang baik, jaga b4tas pergaulan

Published

on

SEJAK mula berhijab pada Februari lalu, dr4matis Zila Bakarin mengakui kehidupan seharian yang dialui kini agak berbeza.

Pemilik nama sebenar Rosmawati Bakarin, 45, berkata, biarpun terdapat perubahan dalam dirinya, namun dia masih sama seperti yang ramai kenali dahulu.

“Memang ada perbezaan yang ketara sangat tetapi saya tetap Zila Bakarin yang sama.

“Saya ambil inisiatif yang sangat positif sebab berhijab dan menutup avrat adalah sebahagian daripada tuntutan agama untuk kaum perempuan.

Zila bersama suami dan anak-anak mereka.

“Saya dah ke arah tu, tapi benda lain saya sama saja. Saya masih seorang yang sangat peramah,” katanya kepada mStar.

Katanya, walaupun dia masih seorang yang peramah Zila mula menjaga batas perg4ulan terutama dengan golongan bukan mahram.

Selain itu, pelakon drama Dendam Aurora ini berkata dia juga belajar untuk menjaga percakapan serta perbuatannya demi menjadi muslimah yang baik.

“Kalau dekat set penggambaran dulu hidup saya bertepuk tampar dengan orang tu biasa saja… bergurau tu biasa saja, tapi sekarang kena ada batasan la.

 

Bagus juga, Allah nak bagi saya rehat dan teruskan beristiqamah.

ZILA BAKARIN

PELAKON

“Tak manis dan tak elok la bila kita dah berhijab dan bertutup ni. Kita sudah melakukan tuntutan yang disuruh Allah, tiba-tiba dari segi mulut dan perbuatan kita tak melambangkan muslimah yang baik,” ujarnya.

Bercerita tentang dirinya yang tidak diterima berlakon ketika fasa awal berhijab, Zila berkata, pihak produksi berbuat demikian kerana tanggapan netizen bahawa seseorang yang berhijab perlu berperwatakan baik dan bukan membawa watak antagonis.

Bagaimanapun, Zila tidak menyalahkan mana-mana pihak malah bersyukur kerana menganggap ini jalan terbaik untuknya sentiasa istiqamah dalam berhijab.

“Mungkin pihak produksi tak percaya yang bila kita dah bertudung, kita masih boleh bawa watak jahat.

Zila tidak ambil hati jika tiada tawaran berlakon.

“Sebenarnya boleh saja, tak ada masalah… tapi mereka takut netizen mengkritik. Ramai ingat bila bertudung, semua baik.

“Memang banyak produksi tolak saya sebab mereka nak saya yang dulu, tapi tak sesuai.

“Bagus juga, Allah nak bagi saya rehat dan teruskan beristiqamah. Saya tahu Dia tak nak bila saya bertudung tiba-tiba saya jadi penggambaran dan jadi kekok dengan hidup saya.

“Kalau dah tertulis itu bukan rezeki saya maka ia bukan rezeki saya. Benda tu saya kena reda dan tak pernah rasa kecil hati atau marah,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending