Connect with us

Hiburan

Wanita 51 Tahun Did4kwa Gali Terowong Sedalam 10 Kaki Untuk Lepaskan Anak

Published

on

Seorang ibu yang cuba menggali terowong secara sendirian menuju ke sebuah penj4ra di Ukraine untuk membebaskan anaknya kini bakal berhadapan dengan hukvman penj4ra, lapor Daily Mail.

Wanita yang berusia 51 tahun itu dikatakan telah menyewa sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan penj4ra dimana tempat anaknya sedang menjalani hukvman penj4ra seumur hidup itu. Menurut Daily Mail, anaknya itu dipenj4rakan seumur hidup atas k3salahan membvnuh.

Difahamkan, dia hanya menggunakan penyodok serta beliung sahaja untuk menggali terowong yang berkedalaman 10 kaki di sebuah ladang berdekatan yang menuju ke bawah tembok penj4ra berkenaan, tambah lapor4n itu.

Menurut Daily Mail, wanita itu hanya menggali pada waktu malam kerana tidak mahu menarik perhatian orang sekeliling, dia juga turut menggunakan skuter elektrik untuk ke lokasi penggalian terbabit bagi mengelakkan bunyi bising.

Seorang warden penj4ra menyatakan: “Dia memiliki sejenis peralatan yang seakan troli, sepotong papan lapis dengan roda kecil, untuk membolehkannya mengalihkan tanah yang digalinya.”

Tanah tersebut dikatakan dibuang berhampiran sebuah garaj yang tidak digunakan, yang berhampiran dengan lokasi penggalian.

Wanita itu telah berjaya menggali kira-kira tiga tan tanah pada saat dia dicekup dan ditah4n, tiga minggu kemudian sejak ia mula-mula memulakan operasinya itu.

Ketika di siang hari, wanita itu tidak pernah keluar dari rumahnya kerana tidak mahu orang sekeliling mengetahui bahawa ada orang luar yang tinggal di kawasan mereka.

Ketika stesen TV Ukraine TSN menunjukkan gambarnya kepada peniaga berdekatan, mereka tidak dapat memberikan apa-apa jawapan kerana tidak pernah mengenalinya mahupun terserempak dengannya.

Seorang penduduk tempatan bernama Serhey Pilnyansky berkata: “Wanita ini telah membuat persediaan rapi. “Berkemungkinan dia adalah anak kepada seorang pelombong.

“Amat sukar untuk menggali sedalam tiga meter. Dia juga tidak menggunakan alat menggali yang moden atau sebagainya,” ujarnya.

Tiada maklumat lanjut berkenaan identiti anaknya yang berasal dari Mykolaiv itu.

Semasa pihak berkuasa melakukan penggeledahan di rumah sewanya, mereka telah menemui beberapa alatan untuk menggali.

Walau bagaiamanapun, wanita itu turut mendapat pujian daripada warga Ukraine.

“Inilah sifat ibu yang sebenar – dia tidak pernah meninggalkan anaknya,” kata seorang pengulas.

Sumber: Daily mail via SK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending