Connect with us

Hiburan

Sek0lah, Kawasan Masjid Dan Rumah lbadat Ditutup, PKPD Bakal Di Jalankan Di Kedah

Published

on

Pengesanan kontak rapat secara aktif membabitkan kluster pes4kit bawah siasatan (PUI) Sivagangga giat dilaksanakan di pejabat-pejabat kesihatan daerah (PKD) untuk mencegah penularan C0vid-19 di Kedah yang didapati semakin meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian turut menjalankan aktiviti pembersihan dan nyah kuman di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah-rumah k3s yang dikesan positif.

“Sebanyak 313 orang telah disaring sehingga pukul 12 tengah hari ini. Daripada jumlah itu, 20 k3s dikesan positif, 280 negatif dan 13 kes masih me­nunggu keputusan ujian.

“Daripada 20 kes yang dikesan positif, kesemua kes adalah aktif. Tiada kes dir4wat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan,” katanya dalam laporan harian perkembangan terkini C0vid-19 di sini hari ini.

Kluster Sivagangga menular akibat j4ngkitan import selepas seorang pemilik kedai nasi kandar di Napoh yang juga pemastautin tetap pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu.

Dia dilaporkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dengan tidak menjalani kuar4ntin di rumah sebaliknya ke premis perniagaan berkenaan sebelum penularan j4ngkitan di kawasan itu berlaku.

Tambah Noor Hisham, daripada kes positif yang dilapor­kan, sebanyak 15 kes adalah warganegara Malaysia dan lima kes adalah bukan warganegara.

“Sebanyak 11 kes positif dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan.

“Sebanyak lapan kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,975 iaitu termasuk juga satu kes pelajar sekolah berumur tujuh tahun sementara kes-8,975 merupakan kes generasi pertama,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Noor Hisham, sebanyak tiga kes me­rupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,976 yang me­rupakan kes generasi pertama iaitu termasuk juga satu kes pelajar sekolah berumur 10 tahun.

“Kesemua kes telah dima­sukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima raw4tan,” ujarnya.

PKPD AKAN DIJALANKAN

Hari ini pada sidang media Menteri Ismail Sabri, beliau memberitahu kerajaan negeri Kedah memohon agar PKPD secara pentadbiran dijalankan di beberapa tempat.

Menteri Ismail Sabri membuat kenyataan bahawa PKPD secara Pentadbiran akan dijalankan bermula dari 3hb Ogos sehingga 30hb Ogos.

Perlaksanaan PKPD akan menggunakan SOP yang sedia ada seperti sekatan jalan raya.

Seramai 7000 penduduk di kawasan akan disaring secara swab test.  Kawasan masjid dan rumah ibadat akan ditutup.

Sekolah dan pusat taska juga akan ditutup.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: utusanunline

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trending